Aliff Aziz kongsi video anak & Bella Astillah, ‘usaha’ dipuji netizen

Pelakon, Aliff Aziz menerusi laman Instagram miliknya ada berkongsikan satu rakaman video bersama bekas isteri, pelakon dan penyanyi Bella Astillah.

Tidak hanya berdua, kelihatan Aliff Aziz dan Bella Astillah meluangkan masa bersama anak mereka yang dikenali sebagai Muhamad Ayden Adrean.

Video berkenaan bagaimanapun meraih perhatian peminat dan pengikut yang rata-rata memberikan pelbagai maklum balas positif mendoakan Aliff Aziz.

Video dikongsikan Aliff Aziz raih perhatian ramai

 

View this post on Instagram

It’s you. It’s always you. If I’m ever gonna fall on love, i know it’s gonna be you. It’s you. It’s always you. Met alot of people but nobody feels like you. ✨

A post shared by Aliff Aziz (@aliffaziz91) on

 

Baru-baru ini, tular mengenai satu spekulasi Aliff Aziz dan Bella Astillah yang dikatakan rujuk kembali selepas ada foto mereka tersebar. Namun begitu, tiada kenyataan rasmi daripada kedua-dua selebriti ini.

Biarpun begitu, melihat perkongsian Aliff Aziz bersama kapsyen sweet membuatkan ada yang mendoakan terbaik buat Aliff Aziz.

 


“It’s you. It’s always you. If I’m ever gonna fall on love, i know it’s gonna be you. It’s you. It’s always you. Met alot of people but nobody feels like you.”

 

Ternyata, ada juga yang mengharapkan penyanyi dan pelakon ini menjaga Bella Astillah jika mereka benar-benar bersama kembali selepas bercerai pada Mei tahun lalu.

Bella Astillah juga dilihat meninggalkan komen yang turut mendapat respon positif ramai yang mendoakan mereka berdua.

“Saya doakan yg terbaik utk anda berdua”

 

Reaksi positif ramai

 

Sumber: Aliff Aziz

Kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*