[VIDEO] Muhyiddin Sujud Syukur- dilantik PM ke-8, Saya bersyukur kepada Allah

“SAYA bersyukur kepada Allah dianugerahkan jawatan Perdana Menteri kelapan dengan izin Yang di-Pertuan Agong,”.

Demikian kata-kata Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemui di kediamannya di Bukit Damansara, di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, dia menjunjung kasih atas perkenan YDPA dan mereka yang memberi sokongan moral kepadanya.

“kita pun berisitiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah diberikan Allah kepada saya.

“Saya hanya memohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima keputusan diumumkan Istana Negara hari ini.

“Saya dimaklumkan bahawa majlis mengangkat sumpah, ikut makluman diberitahu akan diadakan di hadapan YDPA esok pagi 10.30. Jadi saya akan berada di Istana Negara esok,” katanya.

 

Menerusi kenyataan media Istana Negara yang dikeluarkan jam 4.29 petang ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri diadakan esok.

 

“Hari ini, Istana Negara menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas.

“Proses seterusnya ialah istiadat pengurniaan suratcara perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di Istana Negara, pada jam 10.30 pagi esok.

“Seri Paduka bertitah, proses perlantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengahkan kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

“Seri Paduka bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua yang terlibat, khususnya agensi kerajaan, keselamatan dan media.

 

Tan Sri Muhyiddin sujud syukur selepas diumumkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8 sebentar tadi.Artikel: https://ohbulan.com/muhyiddin-yassin-dilantik-pm-ke-8/Kredit video: @redzuanNewsMPB

Dikirim oleh OHBULAN! pada Sabtu, 29 Februari 2020

 

Sumber: BH via Metro

krefit: ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*