“Kalau tak kerja, anak tak makan” – Tak Ada Tempat Tinggal, Rakyat Malaysia Kerja Di Singapura Terp4ksa Tidur Di Stesen MRT

Kalau korang nak tahu, hampir 30,000 rakyat Malaysia mencari rezeki di Singapura. Namun, kerana kelangsungan hidup di sana tinggi, mereka terpaksa ulang-alik dari Johor ke tempat kerja setiap hari.

Baru-baru ini, Today Online membuat tinjauan di salah sebuah stesen MRT di Singapura dan mendapati lebih kurang 20 rakyat Malaysia terpaksa bermalam di sana kerana tak ada tempat tinggal.

Malam Selasa sebelum Perintah Kawalan Bergerak dilaksanakan, beribu-ribu rakyat Malaysia terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya untuk ke Singapura sebelum tengah malam bagi memastikan dorang sempat sampai ke negara jiran ini sebelum sempadan ditutup.

Cari tempat tinggal

Pada hari Selasa, Menteri Tenaga Kerja Singapura, Josephine Teo telah mengumumkan yang kerajaan Singapura akan membantu majikan yang perlu mencari tempat tinggal untuk pekerja Malaysia mereka dengan memberikan SGD50 (RM151) kepada setiap pekerja untuk setiap hari.

Lebih kurang 10,000 pekerja Malaysia yang memilih untuk tinggal di Singapura untuk bekerja telah mendapat penempatan sementara di sana.

Hari Rabu, 20 hostel dan hotel bajet di sana hampir penuh sehingga hujung bulan selepas mendapat panggilan dari pekerja Malaysia atau majikan Singapura yang mencari tempat tinggal sementara.


Namun, untuk pekerja-pekerja yang tidur di Stesen MRT Kranji, majikan mereka tak menjanjikan tempat tinggal. Mereka ini adalah orang-orang yang bekerja di industri pembersihan dan perkilangan.

Mereka tak ada pilihan selain tidur di jalanan.

Armel Shahril, seorang penjaga stor gudang terpaksa menunggu sehingga pagar stesen MRT tersebut ditutup pada jam 1 pagi sebelum membentangkan kotak di atas lantai untuk berehat dan tutup mata.

Saya akan bangun pukul 5 sebelum stesen ini dibuka.”

Armel hanya bawa dompet, telefon tanpa akses internet, powerbank, pencuci mulut, wax rambut yang baru dibeli kerana dia tak sempat untuk pack barang sebelum perintah kawalan dilaksanakan.

Seorang tukang basuh pinggan yang hanya nak dikenali sebagai Sarala berkata, dia memilih untuk tidur situ sebab dia dah kenal dengan muka-muka orang di sana yang selalu ulang alik dari JB ke Singapura.

Stesen ni sunyi waktu malam. So agak tenang untuk tidur di sini. Orang Malaysia yang tidur dekat sini pun saya pernah tengok sebelum ni.”

Sambil makan roti, Sarala menyambung, katanya tandas di stesen tersebut sesak waktu pagi bila dia nak bersihkan dirinya.

 

Seorang lagi pekerja, Ms Chandra, ibu kepada empat orang anak yang bekerja sebagai cleaner bersetuju dengan Sarala mengatakan dia terpaksa mandi di tempat kerjanya.

Kami tak ada pilihan melainkan tidur di sini sampai kami dapat tempat tinggal. Stesen MRT lain tak rasa selama macam Kranji.”

Namun pada mereka, ia tak menjadi penghalang mahu pun isu besar kerana mereka masih lagi mempunyai pekerjaan. Tak seperti Mohana Ambigai Dewi, cleaner sekolah yang telah dibuang kerja semalam kerana gagal sampai di tempat kerja pada hari Selasa.

“Jam dekat Causeway terlalu panjang. Bateri telefon saya m4ti, so saya tak boleh nak telefon bos saya dan beritahu yang saya tak boleh datang kerja.”

Bila saya datang pagi ni (semalam), untuk terangkan situasi saya, dia hanya beritahu yang syarikat dah batalkan permit pekerjaan saya.”

Mendengar luahan Mohana, Armel turut memberitahu yang wanita itu bukan sorang je yang telah menjadi mangsa. Dia dengar beberapa orang di sana turut menerima nasib yang sama gara-gara tak sempat datang ke tempat kerja kerana mengharungi jam di Causeway.

 

Armel menambah, dia akan terus bekerja walaupun Perintah Kawalan Bergerak dipanjangkan.

Saya kena bagi keluarga saya makan. Saya sangat letih, tapi saya tak boleh tidur sebab saya rindukan dorang.”

Sebentar tadi, dalam sidang media, Menteri Pertahanan Malaysia, DS Ismail Sabri Yaakob mengatakan yang mereka telah pun berbincang dengan Perdana Menteri Singapura tentang nasib pekerja di Malaysia dan meminta Singapura untuk memberikan tempat tinggal untuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*