[VIDEO] Tunang terkilan, permintaan arw4h Maya Matahari nak pakai cincin kahwin tak ditunaikan – “Tiga kali dia minta, tapi saya tetap tak bagi”

TUNANG kepada penyanyi Maya Matahari, Haziq Khairil melahirkan rasa terkilan apabila permintaan arw4h untuk memakai cincin perkahwinan yang dibeli untuk majlis bahagia mereka tidak ditunaikan.

Menurut Muhammad Haziq Khairil, dia tidak membenarkan Maya atau Myanaliza Ruslee, 44, memakai cincin berkenaan kerana mahu menanti hari yang sesuai.

 

“Dia pergi dengan mudah. Mya mengh3mbuskan nafas terakhir semasa dalam perjalanan ke hospital dan sempat melafazkan kalimah syahadah bersama-sama saya.

“Namun saya sedikit terkilan kerana tak dapat penuhi permintaannya yang berhasrat untuk menyarung cincin pernikahan kami.

“Lebih tiga kali dia meminta, namun saya terpaksa tolak kerana belum tiba masa yang sesuai,” kata Haziq kepada mStar.

Menurut Haziq mereka merancang untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri selepas sambutan Aidilfitri depan.

Terdahulu, jen4zah Maya selamat dimandikan dan di solatkan di Masjid Tun Abdul Aziz, Petaling Jaya pada pagi Khamis.

 

Jen4zah kemudian akan dibawa ke Kampung Setia Jaya, Machap, Johor untuk disemadikan.

Sebelum ini, menurut Haiza, dia tahu bahawa rakannya itu menghidapi k4nser dan menjalani rawatan di China.

“Dia tak banyak berkongsi mengenai penyakitnya. Yang saya tahu, dia menghidap k4nser sejak dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018 dan baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arw4h adalah ketika dia dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur di Bangsar pada penghujung tahun lalu dan sejak itu, selalu berhubung menerusi telefon,” katanya.

 

Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee popular menerusi beberapa lagu antaranya Matahari dan Diari Biru sekitar 1990-an dan kembali membuat kemunculan semula selepas menyertai program Gegar Vaganza.

 

 

Fakta Menarik

1. Sudah menjadi anak seni sejak 24 tahun lalu.

2. Album pertamanya diterbitkan pada 25 Mac 1995 yang mana memuatkan lagu yang telah melonjakkan nama beliau iaitu Matahari.

3. Pernah popular sekitar era 1990-an menerusi beberapa lagu hits seperti Diari Biru, Diari Biru 2 dan Matahari.

4. Mempunyai tiga buah album iaitu Matahari, Diari Biru 2 dan Mata.

5. Berkahwin dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada Jun 2009, namun rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015.

6. Mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya sejak Ramadhan tahun 2018.

7. Pada pertengahan tahun 2018, beliau terbit dengan single berjudul Perlu Ada Setia, berkonsepkan pop, ciptaan Tam Spider dan lirik oleh Iman Imran.

8. Pada Julai 2018, beliau mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka bujang yang sudah berkawan dengannya dalam tempoh lebih kurang setahun.

9 Maya akui ingin memiliki zuriat sendiri selepas tidak beroleh rezeki cahaya mata menerusi perkahwinan sulungnya.

10. Mencuba nasib di ujibakat Gegar Vaganza musim kedua dan ketiga, sebelum akhirnya terpilih menyertai program realiti itu di musim kelima (2018).

Sumber: Mstar via iluminasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*