Seminggu Abby Abadi ambil anak angkat ketiga – “Mula-mula macam berat, tiada persediaan langsung!”

MESKIPUN sudah memiliki sepasang anak angkat, pelakon Abby Abadi dan suami, Muhammad Faizal mengambil keputusan menambah seorang lagi bayi perempuan berusia sembilan hari dijadikan anak mereka.

Menurut Abby, pada awalnya dia dan suami tiada hasrat menambah anak angkat, namun secara kebetulan mereka memutuskan untuk memelihara bayi diberi nama Maira Darda Farisa itu.

“Kehadiran Darda luar dari perancangan, tiada persediaan langsung. Abah (Faizal) mula-mula macam berat saja, nak pikul amanah dan tanggungjawab baru.

“Ingat terakhir dah Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia, tapi bila Allah dah tulis rezeki kami, tetap jadi rezeki kami… Alhamdullillah.

“Ada sesiapa nak bagi hadiah tak? Darda tak ada baju cantik-cantik ni. Semua mama dah bagi orang hari itu… ke boleh shopping online?,” katanya menerusi Instagram.

 

Abby dan suami tambah seorang lagi anak angkat.

Pada Isnin lalu, pelakon drama Gerak Khas ini memberi bayangan sedang memelihara seorang anak angkat yang baru dilahirkan.

“Assalamualaikum. Morning… Mama berpantang hari pertama, patut macam payah je nak lepaskan barangan baby dalam rumah ni, rupanya nak beranak lagi… kan abah.

“Abah risau tak tertanggung baby ni nanti, tanggungjawab besar kalau ambil lagi… tapi sahabat-sahabat disini, kalau suatu masa nanti saya susah, boleh tolong juga kumpul seorang RM10? hehe,” tulisnya.

 

Sebelum kehadiran Darda, Abby sudah memiliki sepasang anak angkat.

 

Pada Julai 2018, Abby mengambil seorang anak angkat lelaki, tidak sampai sebulan kemudian dia mendedahkan menerima seorang lagi bayi perempuan.

Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan dikurniakan anak pra matang pada tahun lalu namun meninggal dunia selepas 70 hari dilahirkan.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*