“Ayah Azrene masih hidup”-Fazley Yaakob perbetul salah faham, Farid Ismeth Emir bukan bapa kandung isteri

PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tampil menjelaskan salah faham yang berlaku dalam kalangan netizen apabila mereka menyangka Allahy4rham Farit Ismeth Emir adalah bapa kepada isterinya, Datin Azrene Ahmad.

Menurut Fazley, bapa mentuanya iaitu Abdul Aziz Nong Chik yang menjadi walinya ketika mereka bernikah kira-kira 14 tahun lalu masih berada dalam keadaan sihat.

“Salam takziah buat keluarga Allahy4rham Farit Ismeth Amir. Doa kami agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

“Perlu juga saya perbetulkan tanggapan ramai orang yang turut menyampaikan ucapan takziah buat saya dan isteri saya Azrene Ahmad kerana menyangkakan bahawa arwh adalah ayah kandung beliau.

“Terlalu banyak ucapan takziah yang hadir di dalam Whatsapp kami sekeluarga. Sebetulnya ayah kandung Azrene masih lagi hidup dan sihat, dan namanya ialah Abdul Aziz Nong Chik. Yakni, wali yang menikahkan saya dan Azrene 14 tahun yang lalu,” katanya menerusi laman Instagram.

 

Fazley jelaskan situasi sebenar di Instagram.

Sementara itu, Fazley berkata dia terpaksa menjelaskan mengenai perkara ini kerana bimbang wujud kekeliruan orang ramai.

Dalam masa sama, dia turut mengucapkan takziah kepada anak Allahy4rham yang juga penyanyi dan komposer terkenal iaitu DJ Fuzz.

“Saya mohon maaf buat keluarga arwh sekiranya post ini mengganggu emosi kalian semua. 

“Niat saya hanya ini memperbetulkan kekeliruan yang berlaku Al-Fatihah buat arwh dan takziah buat keluarganya. Buat sahabat saya DJ Fuzz moga tabah menghadapi dugaan ini,” ujarnya.

DJ Fuzz merupakan anak sulung Allahy4rham.

Pada Isnin, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu men1ng4l dun14 akibat k4nser paru-paru di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Pengurus kepada DJ Fuzz iaitu Mia ketika dihubungi mStar turut mengesahkan bapa penyanyi rap itu mengembuskan nafas terakhir sekitar pukul 11 pagi.

Jenazah Allahy4rham telah dikebumikan di Tanah Perkvbvran Islam Taman Medan, PJS 4, Petaling Jaya.

Farid Ismeth Emir, 66, merupakan penyampai berita veteran di RTM yang mengendalikan segmen berita Dunia Jam 10 sejak tahun 1990-an.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*