“Legend ni, Lalu Je Dah Tahu Siapa Punya” – Tiada Rahsia, Ramai Kenal Kereta Nombor Plat MAF14 Milik Azhar Sulaiman

 

Aktor Azhar Sulaiman mencvri tumpuan wargamaya apabila baru sahaja memperbaharui lesen kenderaannya yang bernombor plat MAF14.

Menerusi laman sosial Instagram, Azhar, 49,  berkongsi foto lesen tersebut untuk tatapan umum.

“‘Lesen’ Maf1a telah diperbaharui,” tulis Azhar sebagai kapsyen.

Difahamkan kereta Nissa Murano milik pelakon yang bergelar arkitek ini juga pernah tular satu ketika dahulu kerana memiliki nombor plat yang unik.

 

 

View this post on Instagram

 

“Lesen” Mafia Telah Diperbaharui…….

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman) on

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata teruj4 melihat nombor plat kereta pelakon filem Abang 92 itu.

Malah, tidak kurang juga ramai yang turut berk0ngsi momen bertemu dengan MAF14 di atas jalan.

 

“Dulu banyak kali saya pernah nampak lalu lalang di depan Angkasapuri,” komen seorang wargamaya.

“Eh saya selalu nampak MAF14 ni di Damansara Perdana,” kata seorang wargamaya.

“Paling legend kereta ni bang. Lalu je kat Petaling Jaya dah tahu kereta siapa,” tulis seorang wargamaya.

 

“Lahh, awak punya ke kereta hitam tu? Pernah nampak kat Bangsar. Saya belakang kereta awak. Bagus dia ni, mafia-mafia pun tahu bagi signal!” usik seorang wargamaya.

“Masa zaman remaja lalu saya pernah nampak MAF14 ni kat Subang Parade. Kereta Waja ke apa entah. Sekarang masa dah besar, kali kedua nampak kereta ni di Putrajaya, dah tukar Murano hitam. Sekarang MAF14 dah tukar kereta apa bang?” tanya seorang wargamaya.

 

Sekadar info, Azhar mendirikan rumahtangga bersama Chempaka Emalin Pahamin, 49.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 22 serta pasangan kembar Andika Rees Pahamin dan Kasih Iris Leona,18.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*