Penantian 15 Tahun Berakhir, Wanita Sebak Disahkan Hamil, Tak Sedar Dah 5 Bulan ‘Baby’ Dalam Perut

Memiliki cahaya mata sememangnya impian bagi semua pasangan suami isteri yang telah berkahwin. Pun begitu, terdapat juga pasangan yang terp4ksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata.

Begitulah seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita mengenai pengalamannya terp4ksa menunggu sekitar 15 tahun sebelum disahkan hamil. Lebih mesra dikenali Puan Junaida, wanita ini juga tidak menyangka bahawa dia telah disahkan hamil selama lima bulan.

Pada awalnya, dia tidak menyangka kerana dia mengalami masalah haid tidak teratur dan tidak lawas sejak sebelum kahwin lagi.

Gambar: Efferty HQ

Sedar ada perubahan fizikal

Puan Junaida turut berkongsikan bahawa terdapat perubahan pada payudara dan perutnya. Namun tidak mengendahkan dengan andaian perubahan itu adalah kerana faktor pertambahan berat badan. Tambahan lagi, dia juga menyangkakan keadaan perutnya yang sedikit keras adalah disebabkan masalah sembelit yang dihadapinya.

Terkejut nampak dua garis biru

Menyangkakan dia mengalami masalah sembelit, Puan Junaida ke farmasi bagi mendapatkan ubat. Di samping itu, dia juga turut membeli ‘pregnancy test’ seperti yang disyorkan oleh suaminya.

Gambar Hiasan via Pregnancy & Baby

Puan Junaida cuba membuat ujian dan akhirnya terkejut apabila mendapati hasil ujian menunjukkan dua garis biru menandakan dia telah hamil.

Ya Allah terkejutnya tengok naik 2 lines, 15 tahun saya test tak pernah naik 2 lines ni

Saya masa tu memang terharu sangat tak boleh nak cakap, seharian saya menangis.

Rupanya dah lima bulan ‘baby’ dalam perut

Bagi mendapatkan kepastian, Puan Junaida turut membuat pemeriksaan di klinik. Tidak disangka baginya apabila doktor memberitahunya bahawa ‘baby’ sudah di dalam perutnya dalam tempoh lima bulan.

Pastu saya pergi klinik untuk pastikan balik, tiba-tiba doktor cakap lima bulan dah ‘baby’ di dalam perut saya.

Gambar Hiasan via Today’s Parent

Pernah rasa ‘down’ walaupun suami dan keluarga tidak merungut

Menceritakan pengalaman sebelum hamil, Puan Junaida mengakui bahawa dia turut berasa ‘down’ kerana tidak dikurniakan zuriat hampir 15 tahun. Walaupun suami dan keluarganya tidak merungut, dia juga inginkan pengalaman tersebut seperti yang dialami oleh wanita-wanita lain.

Saya punya keluarga semua tak ada beri tekanan cuma saya ja kalau boleh nak juga seorang zuriat juga.

Dia yang merupakan anak sulung hanya bermain dengan anak-anak saudaranya sebelum ini. Namun selepas ini, giliran adik beradiknya yang lain untuk bermain dengan anaknya pula. Sememangnya, disahkan hamil setelah bertahun-tahun penantian merupakan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.

Rezeki daripada Allah SWT

Kurniaan yang tidak ternilai ini merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT walaupun terp4ksa menanti dalam tempoh yang lama. Di samping itu, berkat usaha Puan Junaida dan suami serta dengan izin Allah SWT, pasangan ini bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Puan Junaida menyatakan bahawa dia turut mengikuti nasihat yang diberikan oleh doktor kepadanya. Antaranya ialah dengan menjaga pemakanan seperti meninggalkan kafein, tinggalkan makanan di dalam tin serta makanan-makanan segera. Dia turut menjadikan susu Efferty sebagai minuman tambahannya.

Susu Efferty ini mempunyai pelbagai kebaikan untuk wanita iaitu seperti menstabilkan hormon haid dengan lebih teratur. Antara kebaikan lain bagi susu Efferty ini juga adalah memudahkan jumpa waktu subur yang khususnya bermanfaat kepada pasangan suami isteri.

Gambar: Efferty HQ

Antara testimoni produk yang memberikan respon terhadap minuman Efferty adalah seperti berikut:

Bagi menambahkan selera, susu Efferty juga turut hadir dengan beberapa perisa seperti coklat dan strawberi. Produk ini sememangnya sudah tidak asing lagi di Malaysia ekoran mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Jadi, apa salahnya untuk mencuba bagi ? Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini, anda boleh layari laman Facebook Efferty HQ.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: SK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*