
Sedia maklum bahawa Sherry Alhadad dan Zulin Aziz merupakan kawan baik bahkan mereka berdua sangat popular sebagai rakan regu dalam bidang pengacaraan dimana mereka pernah bersama mengacarakan rancangan Diva Terbitan.
Malah mereka juga pernah bergandingan dalam rancangan hiburan popular TV3, Melodi sebagai pengacara iaitu pada tahun 2015. Biarpun dulu acap kali melihat mereka bergandingan dan keserasian mereka juga tidak perlu disangkalkan lagi namun kini dilihat sudah jarang kelihatan bersama tetapi mereka tetap rapat.
Menerusi perkongsian foto terbaru mereka menerusi laman Instagram Zulin Aziz mahupun Sherry Alhadad, ternyata membuatkan peminat mereka meninggalkan pelbagai reaksi terhadap kedua-dua selebriti terkenal itu.
“Walaupun berjiran susah nak jumpa Sherry Alhadad. Nasib baik harini kerja sekali.”
View this post on Instagram
Walaupun berjiran susah nak jumpa @sherry_alhadad .Nasib baik harini kerja sekali. ❤️
Seperti yang semua ketahui juga, di bulan Syawal ini dimana kita menyambut hari raya selama sebulan, Astro telah menyajikan pelbagai rancangan terbaik buat penonton dan antaranya rancangan MegaRaya Ria yang dikendalikan juga oleh Sherry Alhadad.
Bagi berkongsikan moment dia berkerjasama dengan Zulin Aziz itu, Sherry Alhadad juga memuat naik foto dirinya bersama dengan menulis kapsyen lucu buat Zulin Aziz.
“Sebab dia sayang saya lebih, esok dia kena masak untuk saya… ko masak je, aku yang makan.”
Dalam pada masa yang sama, diruangan komen juga selain memuji keserasian mereka berdua dan mengingati gandingan terdahulu, peminat turut memuji mereka berdua yang berjaya menurunkan berat badan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Sumber: HCL
Leave a Reply