Berasa gembira selepas hampir tiga bulan duduk di rumah bagi menangani wabak pandemik C0vid-19, pelakon Datin Almy Nadia membawa anak-anaknya bersiar-siar sekitar Kuala Lumpur malam tadi.
Almy dan suami, Datuk Fizz Fairuz mahu menggembirakan anak-anak dengan menikmati keindahan kota raya.
“Ini kejadian tgh malam td,pukul 1245tghmalam,dia nak sgt sgt tgk klcc hampa tau.. pak dia pun bawa lalu depan klcc..adoi laa..
“Punya seqonok tak hingga la,dok nampak klcc tu.. muka happy la apa lag.. si ayra lena.. sampai ja rumah,si aurora ckp”adik td kakak tengoq klcc,sian adik tak tengoq klcc..
“Punya la depa seqonok klcc,daqi sehaqi sehaqi nak p tengoq klcc,dah tak buleh keluaq nak p tengoq lagu mana,last malam tadi tercapai nak tengoq klcc..
“Dah balik lena sungguh sampai berdengoq siap pakej ngigau lagi.. tq papa depa bawa anak2 tengoq klcc @fizzfairuzofficial ..
“Inilah ragam anak2 masa kecik … siap pakej tghmalam pakai baju qaya lagi hampa tau.. jadi kan kenangan utk depa ms besaq nnt,” tulisnya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP yang mula dilaksanakan bermula 10 Jun (semalam).
Pelaksanaan PKPP akan lebih banyak memberi kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai dan mereka yang menjalankan perniagaan.
Foto : Instagram Almy Nadia
Sumber : MH
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Leave a Reply