“Nasib anak si miskin”. Org lain kerje gomen hebat2. Mak abah aku ada apa?. Sejak itu aku janji dgn mak abah

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum semua. Haiiii! Selamat Hari Raya. Nama aku Lala Luna boleh panggil Lala. Ini bukan satu pengakuan (confession) tetapi sekadar ingin berkongsi pengalaman.

Aku dilahirkan bukanlah dalam keluarga senang dan bukanlah juga dalam keluarga yang susah sangat. Tetapi cukuplah aku katakan sekadar apa adanya. Alhamdulillah cukup untuk aku 2 beradik. Aruwah mak aku sekadar pembantu warung, dan aruwah ayah aku adalah seorang pemandu van sekolah.

Cerita nie bermula dalam tahun 90an. Masa nie seronok la sebab pergi sekolah ayah hantar dan ambil. Warung mak kerja pun dekat je. Jalan kaki je sampai.

Nak compare dengan adik beradik abah dan mak, kami lah yang paling susah. Van sekolah tue pun pakcik punya. Ada satu ketika van sekolah abah, tuan punya amik balik. Alasan dia van sekolah tue selalu rosak jadi nak jual. Abah pun pulangkan.

Lepas tue abah kerja kampung je. Orang mintak tolong dia buat apa kerja dia buat, dapat upah dia belikan kami coklat atau sotong kering. Masa tue 90an 2 makanan nie paling mahal dan mewah untuk kami.

Upah mak kerja dapat RM15 sehari, kumpul untuk seminggu dapat la belik lauk pauk basah seminggu sekali. Aku pegi sekolah naik bas tambang bayar 60 sen. Seawal 6.30 pagi dah menapak pergi perhentian bas tunggu apek yang bawa bas tue.

Aku dan adik bukanlah cucu kesayangan atuk dan nenek samada belah aruwah mak mahupun aruwah abah sebabnya kami nie susah. Orang lain kerje gomen hebat hebat. Mak abah aku ada apa? Ada cinta dan kasih sayang je.

Tapi kami ok je. Janji boleh pergi sekolah syukur. Susah tak susahnya kami nie, bayangkan lah nak pergi raya rumah nenek kena naik bas tambang, jalan kaki masuk ke dalam kawasan perumahan. Menapak lah kami dengan berpakaian baju raya. Aruwah mak selalu sedih mengenangkan nasib.

Masa PMR aku dapat peluang masuk sekolah teknik dalam bidang kejuruteraan awam. Seronok sangat masa tue. Mak aku sebagai orang yang tak sekolah tinggi pergi la tanya pakcik aku. Al maklum pakcik aku kerja gomen. Pelajaran tinggi. Jadi mak aku nie pergi la tanya apa apa yang patut.

Tau apa jawapan pakcik aku? Dia cakap kat mak abah aku,

“Apa ingat keluar sekolah teknik jadi Jurutera terus ke?”.

Terkulat kulat mak abah aku. Aku lupakan hasrat nak pergi sekolah teknik. Sedih tak yah cakap la. Memang sedih.

Anak orang susah takde siapa pandang okey. Takde sape sanjung. Pandai mana pun kau pandai pandailah. Lepas tue aku nekad, aku cakap kat mak abah, aku akan pastikan satu hari nanti mereka akan pandang tinggi pada aku dan aku akan buktikan anak orang susah pun boleh berjayalah! Apedehal!!!!

Jadi dengan redha dan tawakal aku belajar di sekolah lama. Dapat result SPM (sendiri pergi amik sebab aruwah mak keje) terus pergi dekat gerai mak. Happy gilerrrr beb walaupun 5A 5B je. Then aku masuk Matriculation Centre of IIUM kat Petaling Jaya.

Fuhhhh 1st step kena belajar berdikari. Masa nie dalam tahun 2004, aku sekeluarga diuji lagi, bila rumah kami terbakar. Masa tue aku cuti short sem, Mak aku pergi kerja, abah pulak pergi amik upah bersihkan kawasan perkuburan. Aku dan adik dalam rumah.

Nasib ada jiran baik ketuk dinding rumah kami, buat bising supaya aku dan adik sedar. Awal pagi lagi dalam jam 9 pagi camtu. Time cuti sem la nak qada tido kan. Macamlah korang tak pernah kan. Heheeeeee.

Aku sedar, bangun terus tarik adik aku keluar rumah, Rumah hangus terbakar takde apa yang tinggal. Malah handphone aku yang beli dengan duit 1st PTPTN, Nokia 3610 harga masa tue RM650 pun hangus terbakar jugak.

Mak aku balik masa memang cari kitaorang dulu. Yelah mak mane tak sayang anak kan. Abah balik pun sama. Dah tua tua abah peluk syukur kitaorang selamat.

Tinggalah aku sekeluarga sehelai sepinggang. Baju baju orang sedekah. Rumah? Tumpang rumah sewa nenek yang telah dikosongkan. Sebab masa tue nenek baru pindah tempat lain. Lepas tue kami tinggal di rumah pusaka atuk. Dekat dengan bandar tapi susah mak dan adik aku nak pergi keje.

Mak dan adik akan jalan kaki ke hentian bas seawal lepas Subuh untuk kejar bas 6.15. Sebab kalau lewat nanti adik lambat sampai sekolah. Adik masa tue SMK Tok Sira. Mak akan hantar adik jalan kaki masuk ke dalam kawasan sekolah.

Kenapa tak naik van atau bas sekolah, terus terang cakap kami memang tak mampu. Abah masa nie kerja dengan syarikat kereta sewa. Dia memang cakap hobi dia memandu.

Sampaikan dia cakap pada aku, nanti abah nak jadi driver Lala. Lala pergi mana mana abah hantar, sebab sekarang abah tak mampu. Kami memang takde kereta. Tapi memandangkan duduk dekat bandar, jadi nak ke pasar tue dekat.

Masa belajar aku sepenuhnya bergantung pada PTPTN. Dapat PTPTN separuh untuk diri sendiri separuh lagi aku bagi mak untuk belanja adik dan tampung belanja dapur. Ada lebih aku simpan, dapat la beli tv leper tue kat rumah. Jenama cap ayam jela.

4 tahun berjuang di IIUM aku dapat ijazah. Tapi masa tue hanya ada mak dan adik aku je. Sebab abah da meninggal masa aku tahun kedua di IIUM. Aku tau dia bangga dengan anak dia nie.

Habis belajar, rezeki aku dapat masuk kerja kerajaan. Alhamdulillah. Rezeki bawak mak pergi interview. Mak tunggu dalam kereta, aku masuk berbekalkan doa mak. Genap 3 tahun aku dalam perkhidmatan awam, mak pula menyahut seruan Illahi.

Sedih tapi aku syukur, janji aku pada mak tercapai. Aku seorang yang berjawatan dalam perkhidmatan. Tak perlu aku nyatakan kerja apa tapi cukuplah jawatan aku antara jawatan penting. Absolute power kata orang.

Tapi pesan mak tetap aku ingat. Jangan sombong kalau kita diatas. Sebab kita juga bermula dari bawah. Kita rasa apa yang orang bawah rasa. Mak Abah, Lala dah berjaya. Lala harap mak abah bangga dengan Lala walaupun mak abah dah tiada di dunia nie.

Pesan aku, jangan biarkan kesusahan kita menghalang kita dari mencapai cita cita. Jalan terus jangan pandang belakang!!

Aku tak pandai menulis, tapi aku harap para pembaca dapatlah sesuatu dari pengalaman hidup aku.

Reaksi warganet

AnnDee Angeriati –

Sedih masa kanak kanak kau dek. Tapi syukurlah dah berjaya sekarang. Betul ingat pesan mak, dah kat atas, jangan lupa rumput di bumi. Semoga hidup sentiasa dalam rahmatNya untuk mengenang manisnya susah semasa senang.

Norellah Mohd Danial –

Sedih baca, drah daging sendiri pandang hina termasuk yang dah tua. Bila mati baru menyesal. Patut tolong drah daging yang susah. Apa pun Allah maha melihat suykur pada Allah.

Chik Ima –

Walau dah berjaya, jauh di sudut hati, kadang kadang mesti ada sedikit rasa ralat yang menerpa kerana Mak Abah pergi terlalu awal sebelum sempat di balas jerih payah mereka.

Saya setiap kali travel mesti terkenang, tak sempat bawa aruwah Abah naik kereta, apatah lagi kapal terbang. Aruwah bapa dulu tak ada kenderaan, nak balik kampung ziarah saudara mara pun payah sedangkan itu perkara yang dia paling suka. Dan saya tak sempat menggembirakannya. AlFatihah.

Ikhlas Hati –

Alhamdulillah.. Kisah kite hampir sama. Ayah dah meninggal time sekolah. Tapi perasaan gembira sebab boleh balas jase mak. Gembira tak terkata. 4 tahun yang bermakne.

Aruwah ayah selalu pesan, kalau kite susah, memang susah orang nak mengaku saudara. Belajar rajin rajin, baru boleh ubah nasib keluarge. Bergantung pade diri sendiri. Jangan harapkan orang lain.

Muhammad Wai –

Adoi la, bangga sangat keje gomen. Kalau dulu betul la sebab kononnya menjamin masa depan. Tahu tak kalau semua org melayu ade permikiran macam ni, memang tak kan maju la bangsa ni.

Sebab tu bangsa lain pandang rendah pada bangsa MELAYU, dikatanya malas, suka bergantung dengan kerajaan. Bila keje tak memuaskan pon tak kene buang. Buat onar pon stil maintain ade keje.

Kerajaan memang tak mampu nak bantu bangsa ni dah, kalau macam ni la permikiran kita 20 30 tahun akan datang. Masa tu tunggula generasi melayu minta keje dengan gomen sedangkan dah patut absorb dah.

Sedarlah bangsaku, amik pengajaran bila orang kata kita bangsa pemalas. Jangan jadi ayam daging yang tak kenal erti survival demi generasi masa depan.

Sumber : Lala Luna (Bukan nama sebenar) / IIUMC.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*