Agong Lantik Semula Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri Sementara

Kuala Lumpur, 24 Feb – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah berkenan melantik YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Kenyataan tersebut telah disampaikan Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki b Ali sebentar tadi.

 

Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan menerima peletakan jawatan YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

 

2. Walau bagaimanapun, Baginda telah berkenan untuk melantik YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad sebagai perdana menteri interim, sementara menunggu pelantikan perdana menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

3. Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran negara sehingga perdana menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk.

 

 

 

Kenyataan penuh yang dikeluarkan pada petang Isnin.

Dr Mahathir menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong kira-kira pukul 1 tengah hari tadi.

Peletakan jawatan itu dipercayai ada kaitan dengan pergolakan politik yang berlaku dalam Pakatan Harapan (PH) sejak mesyuarat Majlis Presiden Jumaat lalu.


Sumber: siakapkeli Via mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*