PADA saat dunia diserang hebat wabak kor0nav1rus, super star Juventus, Cristiano Ronaldo yang kini menjalani proses kuarantin di tempat kelahirannya, Madeira sekali lagi tampil mempamerkan semangat kemanusiaan tinggi yang wajar dicontohi apabila menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan w4bak penyakit itu.
Sebelum ini, Cristiano Ronaldo perlu menjalani ‘self-quarantine’ selepas rakan sepasukannya, Daniele Rugani disahkan positif C0VID-19. Memetik laporan Harian Metro, Ronaldo tidak menunjukkan sebarang simptom dijangkiti namun pengasingan diri perlu dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga.
Rakan pasukan positif C0v1d-1

Media antarabangsa melaporkan lagi, Ronaldo pulang ke kampung halamannya di Madeira, Portugal minggu lalu untuk melawat ibu yang diserang strok. Walaubagaimanapun, dia diminta dikuarantin di Madeira untuk beberapa hari dan akan berada di sana sehingga diberitahu.
Ronaldo meninggalkan Itali beberapa hari lalu dan pengasingannya belum bermula lagi.
Dia dan keluarganya bebas dari dijangkiti virus berkenaan.
Pemain, staf dan siapa saja yang berhubung dengan Rugani secara sukarela mengasingkan diri. Ronaldo, berada di Madeira dan kekal di sana sehingga diberitahu.
Anggota kerajaan Madeira yang bertugas di bahagian kesihatan, Pedro Ramos, mengesahkan Ronaldo dan keluarganya bebas dari sebarang virus.
Langkah berjaga-jaga

Juventus dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan berikutan faktor kesihatan, pemainnya perlu mengambil langkah pencegahan lebih-lebih lagi apabila pemain pertahanan kelab itu, Rugani disahkan positif. Difahamkan Rugani dilaporkan positif COVID-19 selepas terlibat dalam perlawanan antara Juventus dan Inter Milan.
Berdasarkan laporan New York Post, Ronaldo bermain untuk Juventus pada Ahad dalam sebuah stadium tertutup tanpa kehadiran peminat. Selepas itu, Ronaldo dipercayai meraikan permainan bersama rakan sepasukan termasuk Rugani. Ronaldo juga dikatakan turut berkongsi bilik persalinan dengan Rugani sebelum ini.
Beberapa hari selepas itu, Rugani disahkan positif dan rakan pasukan yang mempunyai kontak dengannya harus melakukan pengasingan.
Ronaldo dalam media sosialnya dua hari lalu menggesa masyarakat tampil menghulurkan bantuan dan dia sendiri bukan hanya sekadar bercakap tetapi membuktikan sikap pemurahnya.
Hotel miliknya ditutup dan dijadikan hospital bagi memberikan rawatan kepada mereka yang dijangkiti wabak C0vid-19 malahan petugas perubatan yang menjaga dan membantu pesakit turut dibayar elaun oleh Ronaldo.
Kerajaan Portugal yang teruja dengan kebaikan Ronaldo menggesa selebriti lain turut menjejak langkah ikon bola sepak negara itu.
Sumber: HMetro via ohbulan
Leave a Reply