“Kalau Anju Leh Pakai Kete Satria Neo, Kenapa Pula Saya Tak Boleh Pakai Kancil,” – Man Raja Lawak Nak ‘Letgo’ Kereta Dan Motorsikal Demi Agihan Bantuan

Selepas tampil menghulurkan sumbangan wang hadiah kemenangan menerusi Maharaja Lawak mega 2019 lalu, Man Raja Lawak kini difahamkan mahu menjual kereta dan motor miliknya demi membantu rakyat yang tersepit di kala wabak yang melanda.

Menerusi salah satu entri terkininya di Instagram, pelawak ini bertanya andai ada pihak yang sudi membeli kereta dan motornya secara tunai.

Ia bagi menambah sumbangan sedia ada berikutan ribuan permohonan sudah diterima.

Luahnya, dia tiada masalah menggunakan kereta kancil selepas ini, asalkan dapat membantu golongan memerlukan.

“Ada pulak sahabat boleh tanya, ko jual kereta nanti nak bawa family gi mana-mana nak naik apa?

“Jawapan saya mudah je, Kalau Anju boleh pakai kereta Satria Neo, kenapa pula saya tak boleh pakai kancil. Janji boleh berlumba ke Syurga,” kongsinya.

 

 


Bagaimanapun, akses untuk meninggalkan komen pada beberapa entrinya kini turut ditutup.

 

Terdahulu, tindakannya yang mahu agihkan sebahagian wang kemenangan mendapat perhatian ramai.

 

Atas dasar tanggungjawab sesama manusia, Man tanpa ragu-ragu memperuntukkan RM50,000 hasil daripada kemenangannya pada pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

“Situasi sekarang amat terkesan kepada semua warga Malaysia termasuk saya dari segi emosi dan kewangan.

“Saya Abd Rahman B Kasim sebagai warga Malaysia dengan rendah hati terpanggil untuk berkongsi hadiah wang tunai hasil juara MLM 2019 tempoh hari  bagi meringankan beban anda untuk meneruskan kehidupan.

“Sesiapa yang benar-benar memerlukan bantuan sahaja yang akan saya layan dan sila DM (direct message) berikan detail (maklumat lengkap) kenapa saya harus membantu anda sehinggalah bajet 50K (RM50,000) habis digunakan sepenuhnya,” tulis Man dalam entri di Instagram peribadinya.

 

Tawaran kemanusiaan yang dihulurkan oleh Man mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat yang memuji usaha murni yang dilakukannya.

Keperibadian menawan Man setidak-tidaknya memberikan makna yang cukup besar kepada sebilangan besar daripada rakyat Malaysia yang benar-benar terkesan dengan wabak C0V1D-19.

Dalam hantaran seterusnya, Man turut memaklumkan, pengumuman tawaran bantuan kemanusiaan yang dibuatnya mendapat maklum balas luar biasa daripada masyarakat.

Justeru, kata Man, dia akan meneliti dengan mendalam setiap permohonan yang diajukan kepadanya oleh mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Andainya tiada respon daripada saya, anggap sahaja bajet 50K telah habis digunakan (membantu mereka yang memerlukan),” kata Man lagi.

 

Foto : Instagram Man Raja Lawak

Kredit: MH via Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*