PENDAKWAH bebas yang juga pelakon, PU Riz disahkan p0sitif wabak C0v1d-19 selepas mengalami demam panas sejak tiga hari lalu.
PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata, perkara itu disahkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini.
“Saya demam sejak tiga hari lalu. Jadi, semalam saya pergi buat pemeriksaan di PPUM. Apabila dihubungi tadi, hasil ujian saya p0sitif C0v1d-19.
“Saya reda dengan berita ini. Saya anggap ia adalah ujian Allah SWT. Kalau kita menjaga kesihatan sekali pun, tapi kalau Allah nak datangkan sakit juga, memang tak boleh elak.
“Apa pun, saya mengharapkan doa daripada semua semoga cepat sembuh dan bebas daripada w4bak ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut PU Riz, ambulans dari PPUM akan datang ke rumahnya dan dia ditempatkan di sana untuk rawatan lanjut.

PU Riz yang juga pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan berkongsi, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, dia hanya duduk di rumah.
“Sepanjang PKP, kalau keluar rumah pun pergi beli barang keperluan saja.
“Cuma, rumah saya betul-betul berada di hadapan Masjid Jamek Seri Petaling. Saya juga kerap sembahyang di situ sebelum masjid itu ditutup akibat w4bak ini,” katanya.
Sumber: HMetro
Leave a Reply