Syukur… anak sepupu Neelofa negatif C0v1d-19 selepas 19 hari dikuarantin – “Terima kasih semua atas kiriman doa buat baby Sameera”

ANAK kepada sepupu pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Sameera Mohd Nazlee yang berusia tujuh bulan disahkan sembuh daripada C0v1d-19.

Neelofa berkata, keputusan ujian itu diperoleh selepas Sameera dikuarantin selama 19 hari.

“Alhamdulillah, selepas 19 hari dikuarantin, ‘baby’ Sameera sudah dapat pulang.

Keputusan ujian didapati negatif. Syukur dan terima kasih semua atas kiriman doa buat Sameera,” katanya.

 

Neelofa kongsi berita gembira menerusi Twitter miliknya.

 

Sementara itu, sepupunya, Noor Cahaya turut meluahkan rasa syukur apabila anaknya itu bebas wabak berkenaan.

“Alhamdulillah, syukur ya Allah akhirnya Noor Sameera sembuh daripada C0v1d-19 dan sudah di rumah. Terima kasih kepada semua, ahli keluarga dan pengikut yang sentiasa bertanya di Instagram.

“Hanya Allah saja dapat balas jasa baik semua. Semoga Allah lindungi kita dari wabak penyakit ini dan segala penyakit. Aamiin,” katanya.

 

Neelofa berterima kasih kepada semua orang yang mendoakan Sameera.

 

Rata-rata netizen di laman sosial itu turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan perkongsian Neelofa.

Menerusi laporan mStar pada 21 Mac lalu, Neelofa berkongsi berita sedih apabila bayi itu disahkan positif C0v1d-19.

Dia juga memuat naik paparan skrin perbualan mereka dalam satu group keluarga di aplikasi WhatsApp.

 

Sumber: Metro via Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*