BUTTERWORTH: “Setiap kali menjelang Aidilfitri, mama dan abah paling sibuk memilih tema, mencari baju kami lima beradik serta menempah kuih semperit kegemaran keluarga, namun kini semuanya tinggal kenangan,” kata Nur Afni Nirwani Khairizul, 16.
Nur Afni dan adik-adiknya, Nur Istana Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran,2, yatim piatu selepas kem4tian ibu bapa mereka akibat kem4langan jalan raya Februari lalu.
Susulan tragedi itu, kehidupan mereka lima beradik selepas itu berubah 100 peratus dan kini hanya menumpang kasih datuk, nenek serta ibu dan bapa saudara.
Menurut Nur Afni, Ramadan dan Aidilfitri kali ini begitu berbeza kerana pertama kalinya disambut tanpa ibu bapa mereka di sisi.
“Apabila makan ini teringat abah dan mama, buat itu teringat lagi mama dan abah tambahan pula adik bongsu setiap masa mencari mama dan abah.
“Ikutkan sekarang mesti mama dan abah paling sibvk menyediakan kelengkapan hari raya kami tetapi apa boleh buat mereka berdua sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah datuknya dekat Jalan Mohd Saad, di sini, semalam.
Jelas Nur Afni, dia tabah menghadapi ujian dan berterima kasih kepada semua pihak yang sehingga kini masih prihatin terhadap nasib menimpa mereka berlima.
“Mama suka tempah kuih semperit dengan seorang jiran dekat sini dan beberapa hari lalu dia hantar kuih itu kepada kami kerana mengingati arwh mama yang menjadi pelanggan tetapnya,” katanya.
Sementara itu, nenek mereka, Asmalaili Mohd, 58, berkata setiap masa dia mengingati kenangan bersama arwh anak dan menantunya.
“Orang kata kem4tian anak itu lebih sakit dan saya kini sedang merasainya yang mana kehilangan dua insan yang sangat saya sayang.
“Arwh anak dan menantu saya antara yang paling ceria kalau buat persiapan nak raya tetapi kali ini ketiadaan mereka cukup terasa.
“Kebiasaannya pada hari raya pertama semua akan berkumpul makan nasi tomato dan ayam masak merah setiap kali datang beraya tetapi kali ini agak s4yu kerana tidak ada lagi mereka berdua di rumah ini,” katanya.
Menurutnya, mujur sekarang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila kesedihan itu berkurangan sedikit tetapi arwah anak serta menantunya itu sentiasa berada dalam ingatannya sampai bila-bila.
Dalam kem4langan 9 Februari lalu,
Khairizul Mohamad Noor,38, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi bersama isterinya, Zuriana Hasan, 35 dilanggar pemandu dipercayai m4buk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, dekat susur keluar Perai.
Zuriana yang mengalami keceder4an p4rah dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) danmenghembuskan nafas terakhir selepas k0ma selama dua bulan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Sumber: BH
Leave a Reply