Dit4han Dalam Sekatan, Empat Lelaki Ingat Boleh Lepas Bila Tunjuk Surat. Sekali K4ntoi BiIa Polis Semak

Dua hari menjelang Aidilfitri, orang ramai masih mencari jalan untuk menyambut 1 Syawal di kampung halaman.

Meskipun menyedari risiko rentas negeri boleh dikenakan tindakan tegas oleh pihak berkuasa, namun itu tidak menghalang individu untuk mencuba nasib.

Malah sebelum ini juga sudah ramai yang kantoi mahu curi-curi balik kampung dengan memberikan alasan tidak munasabah.

Demikian juga yang berlaku kepada empat orang lelaki yang ditajan hari ini.

Hasrat empat lelaki pulang ke kampung tidak kesampaian apabila cubaan rentas negeri dari Senai, Johor ke Besut berjaya dipatahkan pihak polis.

Kesemua mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Perasing, di sini semalam, kira-kira jam 9.15 pagi.

Beri alasan ini kepada polis..

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kesemua lelaki berusia antara 20 hingga 37 tahun itu menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona dan memberikan alasan diarah bekerja apabila ditahan.

Namun ketika diminta surat kebenaran rentas negeri dikeluarkan polis, kesemua mereka gagal mempamerkan surat kebenaran tersebut.

” Hasil soal siasat, pemandu berusia 37 tahun itu mengaku telah menerima upah sebanyak RM350 untuk menghantar tiga lelaki lain pulang ke Besut.

” Pemandu itu memberitahu tiga lelaki berkenaan menunjukkan surat tawaran kerja kepadanya ketika memaklumkan mereka perlu merentas negeri dari Senai, Johor ke Besut.

Polis menyoal siasat empat lelaki berkenaan yang cuba rentas negeri dari Senai, Johor ke Besut Terengganu.

Kantoi beri surat p4lsu..

” Kita telah memeriksa surat tawaran bekerja tersebut dan hasil semakan, didapati tempat bekerja yang tertera di surat adalah tidak wujud.

” Kesemua lelaki itu kemudiannya mengatakan surat tersebut adalah surat palsu dan dibuat oleh abang kepada kawan mereka, setelah disoal siasat,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Jelas Hanyan, keempat-empat lelaki itu juga mendakwa berjaya melepasi tiga sekatan jalan raya di Kajang, Gombak dan Bentong dengan menggunakan surat tawaran bekerja terbabit.

Katanya, polis telah mengeluarkan kompaun ke atas keempat-empat lelaki berkenaan sebelum diarahkan untuk berpatah balik setelah tindakan kompaun selesai.

Orang ramai seharusnya menjadikan kes wanita mngndung yang bawa pulang covid ke Kelantan sebagai pengajaran.

Meskipun mendapat kebenaran pihak polis, namun tiada simptom yang mnunjukkan wanita terbabit positif covid menyebabkan dia pulang ke kampung dan kini dikhuatiri kontak rapat juga dijangkiti.

Sebagaimana nasihat perdana menteri, petugas barisan hadapan sudah menjalankan tanggungjawan mereka ketika merawat. Kini tanggungjawab kita semua untuk mendengar arahan dan mengelak dari membawa dan mnyebarkan covid.

Sumber : http://limauais.pw/

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*