Pihak polis berjaya men4han seorang pemandu Toyota Hilux yang dikesan memandu secara melulu di kawasan tapak bazar di Bukit Sentosa, Hulu Selangor. Insiden detik cemas itu dirakam seorang peniaga di kawasan berkenaan sehingga mendapat perhatian pengguna media sosial.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.30 petang pada 22 Mei 2020 menyaksikan sebuah kereta merempuh beberapa biji khemah di bazar berkenaan. Pemandu lelaki berusia lingkungan 40an itu dipercayai di bawah pengaruh alk0hol.
Insiden berkenaan memaparkan beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan orang awam membaling kayu dan objek keras ke arah kereta tersebut.

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor iaitu Superintendan Arsad Kamarudin berkata suspek itu disyaki m4buk tidak berpuas hati terhadap tindakan seorang lelaki mengetuk cermin sisi keretanya ketika dia membunyikan hon untuk melepasi jalan sesak di kawasan jalan tersebut.
Dalam kejadian pada jam 6.35 petang, lima individu termasuk seorang wanita turut dilaporkan cedera akibat dirempvh kereta suspek. Kesemua mangsa berusia antara 40 hingga 50 tahun itu dikatakan berada dalam keadaan stabil.
Setakat ini, kita kenal pasti dua kereta, dua motosikal dan dua khemah di tapak perniagaan rosak kerana dilanggar kereta suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak polis bagaimanapun telah menerima lebih kurang 5 laporan dari orang awam ekoran kejadian tersebut. Polis menahan suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.
Sumber: BH Online
YouTube Channel: Amat Larbsib
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Sumber: Ohbulan
Leave a Reply