‘Teruskan bersedekah seperti arw4h ibu’ – Waris pengasas Dnars

KOTA BHARU: “Setiap perkara baik yang arwh mommy pernah buat terutama berkaitan sedekah, kami akan teruskan sampai bila-bila,” kata anak pengasas kosmetik Dnars, Faziani Rohban Ahmad.

Walaupun masih di bangku sekolah, Irdiena Hakim Jasman, 17, menjadikan ibunya sebagai idola yang memang terkenal sebagai dermawan ketika hayatnya.

Irdiena yang juga pelajar Tingkatan Lima dan sedang berjinak dalam bidang perniagaan berkata, beliau sudah menempah lebih 1,000 pek biskut dan di4gihkan kepada golongan asnaf seperti pernah dilakukan arwh ibunya.

“Seperti arwh, saya juga membeli biskut raya daripada beberapa pengusaha kecil-kecilan dengan niat menjana pendapatan mereka dan biskut itu diagihkan kepada asnaf.

“Jika tidak disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa sekarang, sudah pasti saya dengan dibantu keluarga sedang membuat persediaan mengadakan majlis rumah terbuka seperti kelaziman setiap tahun dibuat arwh.

“Disebabkan tidak dapat mengadakan majlis berbuka puasa dan rumah terbuka, kami menggantikannya dengan agihan sumbangan kepada golongan asnaf termasuk semua pekerja,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Irdiena terdahulu menyampaikan sumbangan dalam bentuk bantuan makanan dan kewangan kepada Siti Fatimah Supian, 35 dan anaknya, Mohd Haikal Aiman Abdullah, 5, di yang tinggal di bangsal daif di Kampung Sungai Limbat, di sini.

Irdiena berkata, abangnya, Iqbal Hakim Jasman, 21, juga aktif dalam bersedekah seperti ibu mereka dan amalan itu bukan sahaja dilakukan dalam negeri malah luar Kelantan.

“Selain sedang belajar menguruskan perniagaan arwh, saya juga menjalankan perniagaan menjual makanan secara dalam talian dan sudah berniat untuk bersedekah sebahagian keuntungan kepada mereka memerlukan,” katanya.

Ditanya mengenai kerinduan terhadap ibu mereka yang genap setahun meningg4l dunia, Irdiena berkata, perasaan itu tidak terucap memandangkan mereka masih memerlukan kasih sayang dan tunjuk ajar dalam meneruskan legasi.

Sambutan Aidilfitri kali ini terasa sur4m seperti tahun lalu selepas ibu mereka meningg4l dunia ketika hari ke-13 Ramadan.

“Pada 18 Mei lalu kami membuat majlis tahlil secara tertutup sempena genap setahun arwh pergi dan bacaan Yasin akan diadakan setiap malam Jumaat.

“Aidilfitri kali ini, ziarah ke pusara arwa4h pada 1 Syawal tidak dapat dilakukan kerana mematuhi arahan PKPB dan walaupun berasa sedikit terkilan, kami reda dan hanya mengirimkan doa dari jauh agar r0hnya tenang,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*