WASHINGTON: Seorang saintis terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang terbabit dalam penyelidikan inovatif berkaitan k4nser dan HIV/AIDS memberi am4aran bahawa v4ksin COVID-19 ‘mungkin tidak akan ditemui’ ketika jumlah j4ngkitan di peringkat global meningkat kepada lebih 5 juta.
“Saya tidak meletakkan harapan (v4ksin akan ditemui),” kata William Haseltine kepada Reuters.
Sebagai alternatif, Haseltine menyarankan negara-negara yang sudah melonggarkan perintah kawalan atau perintah berkurung untuk bergantung kepada pengesanan j4ngkitan dan langkah-langkah pengasingan yang ketat untuk mengawal penyebarannya.
Pendekatan itu terbukti berhasil di beberapa negara yang berjaya meminimumkan penyebaran, namun di seluruh dunia, jumlahnya terus meningkat.
Banyak pihak kini berusaha untuk membangunkan v4ksin, antaranya Oxford University, selain sebuah firma yang berpangkalan di Massachusetts, Amerika Syarikat yang memaklumkan peringkat pertama ujian terhadap v4ksin yang dihasilkan menunjukkan petanda positif.
Haseltine bagaimanapun mengingatkan vaksin yang berjaya dihasilkan sebelum ini gagal melindungi selaput lendir pada hidung, yang merupakan jalan utama bagi viruus memasuki tubuh.
Walaupun ujian yang dibuat terhadap beberapa vaksin COVID-19 dikesan dapat mengurangkan viral load pada organ seperti paru-paru, namun j4ngkitan masih ada.
“Harapan kini terletak pada cara kita mengawalnya.
“Tanpa rawatan atau vaksin, virus itu masih dapat ditangani dengan cara mengenal pasti jangkitan, mencari dan mengasingkan individu yang telah dijangkiti.
“Orang ramai juga harus sentiasa memakai topeng, mencuci tangan, membersihkan permukaan dan melakukan penjarakan sosial,” kata Haseltine.
COVID-19: Pakar berlumba hasilkan v4ksin, namun tetap perlukan mas4

KUALA LUMPUR: Walaupun banyak syarikat anggota farmaseutikal di peringkat global terbabit dalam usaha membangunkan v4ksin COVID-19, proses penghasilannya masih memerlukan masa untuk disiapkan, kerana setakat ini ia masih di peringkat awal.
Menurut Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Chin Keat Chyuan, secara amnya v4ksin memerlukan ujian keselamatan klinikal yang luas serta rapi, yang membabitkan empat peringkat percubaan klinikal, dan ia diberikan kelulusan untuk digunakan hanya sebaik sahaja disiapkan.
Menurutnya penghasilan vaksin dianggap amat sukar kerana ia membabitkan mekanisme penuaian daripada mikroorganisma yang sama sekali berbeza dengan entiti kimia baharu yang normal.
“Sekarang kita sedang melihat usaha yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh sektor biofarmaseutikal bagi menyelidik dan membangunkan vaksin COVID-19, dengan wang berbilion dolar dilaburkan. Malah sehingga kini terdapat sedikit sahaja calon v4ksin yang berada di peringkat percubaan klinikal.
“Bagi menyegerakan pengeluaran v4ksin COVID-19, syarikat terbabit telah menggunakan pelbagai bahan untuk berfungsi sebagai pencetus bagi membantu meningkatkan respons imun tubuh terhadap vaksin, walaupun pada dos yang sangat kecil,” katanya semasa diwawancara oleh Bernama TV hari ini.
“Walaubagaimanapun di sebalik semua kemajuan saintifik, kebanyakan syarikat farmasi, malah pegawai kesihatan awam percaya bahawa pembangunan vaksin masih memerlukan 12 hingga 18 bulan lagi sebelum v4ksin pertama dapat disediakan,” tambahnya. – BERNAMA
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Sumber: astroawani / BH
Leave a Reply