KUALA LUMPUR: Datuk Hans Isaac mengumumkan pembatalan k0ntrak sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), berkuat kuasa semalam.
Hans berkata, beliau menerima surat penamatan kontrak jawatan yang disandangnya sejak 8 April tahun lalu, daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.
Hans berkata, sepanjang berkhidmat, beliau sudah mencuba yang terbaik untuk industri perfileman biarpun berdepan dengan tatacara dan cabaran birokrasi agensi kerajaan.
“Saya sudah membangkitkan keresahan industri ini kepada Saifuddin sebelum pandemik COVID-19 bermula.
“Saya memohon untuk berjumpa bagi membentangkan langkah proaktif untuk industri ini, namun tidak ada ruang diberi sehingga hari ini.
“Saya mendengar suara orang industri untuk menuntut penjelasan FINAS mengenai c4baran kini. Saya sentiasa peka, namun kami terikat dengan arahan untuk tidak mengeluarkan kenyataan.
“Namun, atas tanggungjawab saya sebagai anak seni, saya teruskan untuk mendesak kerajaan memberikan maklum balas kepada tuntutan industri,” katanya dalam kenyataan.
Kenyataan itu dikongsi Hans di Instagram (IG).
Semalam, Saifuddin mengumumkan ahli perniagaan dan aktivis masyarakat, Zakaria Abd Hamid dilantik sebagai Pengerusi baharu FINAS, berkuat kuasa semalam.
Saifuddin dilaporkan berkata, Presiden Yayasan KRU, Datuk Norman Abdul Halim, pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi FINAS.
Hans memberitahu, beliau berpeluang bertemu Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagi membincangkan masalah industri perfileman.
“Pertemuan itu berlangsung dengan sangat baik, di mana saya menerangkan permasalahan industri daripada sudut ekonomi dan apakah yang perlu dilakukan kerajaan.
“Hasilnya, saya menyerahkan kertas cadangan kepada Tengku Zafrul agar Dana Rangsangan Ekonomi dan Kebajikan segera dilaksanakan demi survival industri kreatif.
“Saya harap ia dapat dilaksanakan segera bagi memberi manfaat kepada ahli industri berdepan cabaran ini,” katanya.
Melalui kenyataan itu, Hans memohon maaf jika sepanjang tempoh memegang jawatan Pengerusi FINAS, beliau menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Menurutnya, apa sahaja yang dilakukan adalah demi kebaikan industri kreatif daripada sudut pandangannya.
“Mungkin saya bukan yang terbaik, tetapi saya cuba melakukan yang terbaik. Sebagai anak seni yang berkecimpung dalam industri selama 30 tahun, perjuangan membela industri tidak akan berakhir, di sini.
“Perjuangan saya untuk kebajikan industri seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk warga industri, dana kebajikan dan lain-lain akan terus diperjuangkan.
“Sekarang saya bebas untuk bersuara tanpa sebarang tatacara,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Sumber: BH
Leave a Reply