Isteri kepada Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali mengucapkan rasa syukur kerana berjaya mendapatkan semula Instagram arw4h suaminya itu selepas digod4m beberapa minggu lalu.
Nurhidayah turut mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantunya mendapatkan semula akaun media sosial tersebut.
Dalam pada itu Nurhidayah menitipkan ucapan hari raya kepada para pengikutnya disamping mengimbas kembali saat menyambut Aidilfitri bersama Abam ketika hamil anak sulung mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah Instagram ni dapat semula setelah di ack beberapa minggu lepas. Terima kasih kepada yang sudi membantu untuk dapatkan instagram ni semula.
“Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Tahun lepas beraya dengan arw4h, Hamzah masih dalam kandungan saya.
“Tapi tahun ni sekelip mata arw4h pergi tinggalkan kami. Terasa sedih dan sayu sangat hati ni. Tak dapat nak gambarkan bila di pagi raya pakaikan Hamzah baju raya, terasa pilu sekali,” tulisnya.
Lebih memilukan apabila Nurhidayah meluahkan rasa rindu terhadap arw4h dan perasaan sedih kerana tidak dapat berhari raya bersama-sama anak mereka.
“Abang, Sayang rindu sangat dengan abang. Sayang rindu sangat dengan pelukan kasih sayang abang pada sayang dan Hamzah.
“Sayang sedih sangat abang sebab tahun ni sepatutnya kita sambut hari raya sama sama dengan anak kesayangan kita tapi abang pergi dulu tinggalkan kami dan hanya sekeping gambar nikah yang menjadi pengubat rindu Sayang dan Hamzah.
“Hanya Allah yang tau perasaan Sayang. Sayang doakan abang tenang di sana dan di tempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Kenangan sampai ke syurga,” luahnya.
Di ruangan komen rata-rata pengikut mendoakan agar Nurhidayah terus tabah menghadapi hari-hari mendatang.
Sumber : Gempak
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Leave a Reply