Minta dipelvk masa bergambar raya, bapa tiga beradik harap anak segera ditemui

Kegembiraan menyambut Syawal pada tahun ini bagaikan sudah tiada ertinya lagi, buat kedua ibu bapa kepada tiga beradik yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong.

Umar Iskandar Mohd, 21 tahun, Khairil Firdaus, 17 tahun, dan seorang lagi adik mereka Khalif Naim, 16 tahun, dipercayai bermandi-manda di sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari kediaman mereka.

Dengar orang jerit minta tolong

Kejadian mengenai kehilangan mereka mula disedari oleh sekumpulan pemancing, yang mend4kwa melihat tiga beradik tersebut sedang mandi-manda sebelum terdengar bunyi jeritan meminta tolong.

Sujurus mendengar jeritan itu, kumpulan pemancing segera bergegas menaiki motosikal menaiki jambatan dan terus ke lokasi ini. Dalam 10 minit mereka sampai, didapati ketiga-tiga m4ngsa telah hilang.

Minta nak pakai baju sedondon

Bapa tiga beradik itu, Mohd Ismail, 64, sempat memberitahu bahawa pada tahun ini anak-anaknya telah meminta untuk memakai baju Melayu sedondon pada Aildilfitri kali ini.

Malah, foto terakhir yang dikongsikan iaitu memaparkan mereka memakai baju sedondon dan saling berpelukan merupakan permintaan anak-anaknya juga.

“Memang janggal sikit apabila mereka ajak bergambar sebab kebiasaan raya, kami akan bersama keluarga tetapi saya tidaklah anggap pelik. Mereka juga minta saya pelvk…”

Kejadian menimpa Mohd Ismail, merupakan dugaan besar buatnya, yang sebelum ini telah kehilangan isteri lebih 10 tahun lalu dan kini terp4ksa melalui detik sukar mengenang nasib tiga orang anak pula.

Anak bongsu Hafiz Quran

Dalam perkongsian lain, dimaklumkan bahawa anak bongsu, Khalif Naim, merupakan hafiz Al-Quran. Pada tahun ini, iaitu 20 Mac lalu, Khalif telah berjaya menghafaz sebanyak 30 juzuk.

Setakat ini, seramai 41 kekuatan anggota melibatkan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) melancarkan operasi pencarian sejurus menerima maklumat.

Selepas membuat pengecaman, bapa m4ngsa telah mengesahkan barangan peribadi seperti termasuk pakaian, selipar dan telefon, adalah kepunyaan anaknya.

Sumber : Astro Awani, Harian Metro & Facebook

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: rimbabara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*