M4yat Khairil Firdaus Pula Kini ditemui

MAY4T kedua m4ngsa lemas tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, ditemui selepas hampir dua jam penemuan may4t pertama jam 11.36 pagi ini.

May4t Khairil Firdaus, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) di dasar sungai kira-kira 150 meter dari lokasi m4ngsa dikatakan terjatuh.

Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON), Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Basri Kamarazaman berkata, may4t ditemui dalam keadaan sempurna dan pihaknya meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lagi m4ngsa iaitu Khalif Naim, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang.

Sementara itu, abang sulong m4ngsa, Amirul Aizam, 29, berkata dia bersyukur dua adiknya sudah ditemui dalam keadaan sempurna.

“Memang sedih dan sebak dengan kejadian ini namun saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui selepas membuat pengec4man m4ngsa sebaik dibawa naik ke tebing.

Terdahulu, anggota Bomba dan Menyelamat menemui maya4t Umar Iskandar, 21, jam 9.50 pagi.

May4t Umar ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Dalam kejadian semalam, tiga beradik lelaki iaitu Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17, dan Umar Iskandar, 21, mandi di kawasan sungai kira-kira 200 meter dari rumah jam 6.30 petang.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

M4ngsa Pertama Umar Iskandar Sudah Ditemui

MAY4T pertama m4ngsa lemas membabitkan tiga beradik di Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, ditemui kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian jam 9.50 pagi ini.

May4t Umar Iskandar Mohd, 21, ditemui sepasukan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) terdampar di dasar sungai kira-kira empat meter dari tebing sungai di kedalaman kira-kira lebih satu meter.

Penolong Pengarah Operasi Negeri (PPON) Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Basri Kamarazaman berkata, may4t ditemui dalam keadaan sempurna dan pihaknya meneruskan operasi mencari dan menyelamat dua lagi ma4ngsa iaitu Khairil Firdaus, 17, dan Khalif Naim, 16.

Katanya, pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat jam 7 pagi tadi dengan kekuatan anggota seramai 79 orang membabitkan Unit Pengesanan JBPM (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur, polis, PPDA, Rela, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

“Kita membuat selaman selepas mendapat petunjuk dari Unit K9 yang turun ke sungai jam 8.50 pagi,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya tidak menghadapi masalah sepanjang melakukan operasi SAR berikutan keadaan air yang tenang dan berpasir.

Mohd Basri berkata, pihaknya meneruskan operasi dengan pencarian membabit radius keluasan dua kilometer menghala ke arah ke laut.

Katanya, may4t diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah sias4t.

Dalam kejadian semalam, tiga beradik lelaki iaitu Khalif Naim, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Imtiaz, Kuala Berang; Khairil Firdaus, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang dan Umar Iskandar, 21, yang juga penuntut di Universiti Malaya dikatakan mandi di kawasan sungai kira-kira 200 meter dari rumah m4ngsa jam 6.30 petang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Sumber: citermaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*