Sebelum ini kerajaan belum memutuskan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir Selasa depan, akan dilanjutkan atau sebaliknya.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia berikutan perbincangan mengenai perkara itu belum dilakukan.
“Seperti biasa, setiap kali sambung (PKPB), kita akan membuat pengumuman. Setakat hari ini, kita belum tahu lagi kerana belum ada perbincangan sama ada hendak sambung atau tidak.
“Selepas keputusan dibuat, kita akan umumkan. Sambung (PKPB) pun kita umum, tidak sambung pun kita umum.Justeru, tunggulah pengumuman itu dibuat nanti,” katanya pada sidang media di Putrajaya yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Perutusan Khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
Di dalam laman Facebook rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah buat pengumuman bahawa esok (Jumaat) beliau akan tampil untuk memberi satu perutusan khas.
Seperti kebiasaan sebelum sebelum ini, Perdana Menteri akan muncul secara siaran langsung untuk merumuskan apa yang terjadi pada PKP/PKPB yang telah dijalankan.
Perdana Menteri akan bentangkan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek
Persoalan bagi semua rakyat, adakah PKPB akan disambung? Rasanya esok kita akan dapat jawapan. Jadi kita bersedia sahaja. Apa pun keputusan kerajaan, rakyat pasti akan sokong.Semoga dipermudahkan.
Artikel By: TehOAisLimau
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Leave a Reply