Muslimin (kiri) meninjau makmal sains SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang telah di susun mengikut garis panduan baharu yang ditetapkan. IPOH – Tarikh pembukaan sekolah melibatkan 398,446 pelajar dijangka diketahui esok.
Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya berkata, keputusan itu akan diumumkan selepas perinciannya dibincangkan dalam mesyuarat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jinin hari ini.
“Kita menunggu keputusan daripada Menteri Pendidikan untuk buat pengumuman bila sekolah akan dibuka semula. Petang ini kita akan buat keputusan penting setelah adakan mesyuarat bersama KKM dan MKN. “Esok sekiranya diputuskan bila (pembukaan sekolah), sekolah akan dibuka selepas dua minggu pengumuman dibuat. Selagi tiada pengumuman, selagi itu sekolah tidak dibuka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Permaisuri Bainun, Manjoi di sini hari ini. Menurutnya, fasa pertama pembukaan sekolah melibatkan pelajar tingkatan lima dan enam sahaja yang bakal menjalani peperiksaan termasuk peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)dan Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
Muslimin (dua dari kanan) melawat SMK Raja Permaisuri Bainun, Manjoi hari ini dalam lawatan kerjanya ke Perak. “Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melibatkan 347,177 pelajar, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) adalah 45,596, SVM (2,935) dan STAM pula melibatkan 2,738 pelajar.
“Beberapa garis panduan baharu disediakan KKM yang akan diikuti di setiap sekolah. Kita telah buat simulasi pada 8 Mei lalu melibatkan beberapa sekolah di Selangor dan Putrajaya. Garis panduan itu telah sampai ke tangan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan juga pihak pentadbiran sekolah,” katanya.
Beliau turut memaklumkan pembukaan semula sekolah adalah melibatkan semua guru dan tidak terhad kepada guru Tingkatan Lima dan Tingkatan Enam. “Setiap guru akan membantu kerana jika dahulu ia melibatkan lima kelas kini menjadi 10 kelas atau lebih bergantung kepada kapasiti. Setiap kelas mempunyai antara 16 hingga 20 pelajar.
“Kita memerlukan ramai tenaga guru dan kita lebih baik setiap guru hadir sama beri bantuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar,” katanya. Ditanya mengenai kebimbangan ibu bapa keselamatan anak-anak ketika dalam tempoh pemulihan pandemik koronavirus (C0vid-19), Muslimin berkata, pihak JPN dan PPD akan memastikan pihak sekolah mengikut garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Keutamaan kita adalah keselamatan pelajar-pelajar. Walaupun ibu bapa risau hantar anak-anak, kita beri jaminan pelajar yang tidak ada simptom akan dibenarkan. “Sekiranya menunjukkan tanda seperti demam atau batuk, mereka dinasihatkan untuk pulang atau disaring di bilik kesihatan di sekolah. Kita menggalakkan ibu bapa mengenalpasti tanda-tanda sebelum hantar anak ke sekolah,” katanya. – Sinar Harian
Terengganu benar solat lima waktu berjemaah di semua masjid
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu membenarkan umat Islam negeri ini menunaikan solat fardu lima waktu secara berjemaah di semua masjid dan surau bermula 12 Jun ini. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Osman Muda berkata, kebenaran menunaikan solat Jumaat turut diperluaskan kepada semua masjid di negeri ini bermula tarikh sama.
Katanya, kebenaran tersebut mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin.
“Baginda memahami hasrat rakyat jelata yang mengharapkan masjid dan surau dapat dibuka dan dimakmurkan sepenuhnya dengan aktiviti-aktiviti keagamaan, terutama solat Jumaat dan solat fardu lima waktu. “Baginda juga sentiasa mengikuti perkembangan penularan wab4k C0vid-19 di Terengganu khususnya dan di Malaysia umumnya. Alhamdulillah wab4k ini telah dapat dibendung dengan sebaiknya dan kini negara kita memasuki fasa pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.
Mengulas lanjut katanya, bilangan jemaah yang dibenarkan hadir bergantung kepada keluasan masjid dengan mengambil kira pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan penjarakkan satu meter antara ahli jemaah terdiri daripada anak mukim.
Menurut Osman, Pegawai Agama Daerah akan membuat pemantauan bagi memastikan semua masjid dan surau mematuhi SOP dan syarat-syarat yang ditetapkan. Osman Muda Beliau berkata, jawatankuasa masjid dan surau diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan pengurusan solat di masjid atau surau masing-masing berjalan lancar dengan pematuhan terhadap segala SOP ditetapkan termasuk dari segi kebersihan dan keselamatan sepanjang ibadat solat dijalankan.
“Jemaah yang hadir diwajibkan mematuhi segala SOP kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan seperti sentiasa mematuhi penjarakkan sosial, memakai pelitup muka dan tidak bersentuhan di antara satu sama lain termasuk bersalaman sepanjang berada di masjid.
“Bagaimanapun, individu yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan s4kit tekak tidak dibenar hadir termasuk yang menghid4p penykit teruk,” katanya. Osman berkata, kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah dan warganegara asing turut tidak dibenarkan hadir menunaikan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di masjid serta surau negeri ini – Sinar Harian
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Leave a Reply