Tanggal 20 Februari 2020 bakal menjadi tarikh paling bermakna buat pelakon jelita, Zahirah Macwilson kerana dia dan pasangannya Aiman Hakim Ridza akan menamatkan zaman bujang mereka.
Sebelum berlangsungnya upacara akad nikah esok, kami kongsi beberapa foto dan video kemeriahan majlis malam berinai pasangan tersebut yang berlangsung malam ini. Dah macam Katrina Kaif versi Malaysia Zahirah malam ni!
Wow cantiknya!


Menari bersama keluarga dan kenalan rapat
Pada Jumaat lalu, Aiman menerusi Instagram memuat naik foto pra-perkahwinan dengan tanda pagar yang tertera nama gabungan mereka serta tarikh penting iaitu 20 Februari 2020.
Saya bukan tak nak berkongsi atau nak berahsia mengenai perkara ini tapi biarlah ia menjadi satu kejutan.
ZAHIRAH MACWILSON
PELAKON
Dalam pada itu, pelakon drama Curi-Curi Cinta ini memberitahu dia enggan meletakkan sasaran majlisnya bakal menjadi ‘wedding of the year’ kerana apa yang penting adalah meraikan bersama keluarga dan kenalan rapat.
“Saya tak nak letakkan harapan apa-apa atau sasaran untuk jadi wedding of the year. Sebab apa yang penting, majlis ini lebih untuk meraikan bersama keluarga, media dan kenalan rapat.
“Segala persiapan dan urusan perkahwinan ini saya buat sendiri dan mendapat bantuan daripada keluarga juga,” ujarnya.
Zahirah dan Aiman mengikat tali pertunangan pada 8 Jun tahun lalu di kediaman keluarga aktres itu di Perth, Australia selepas hampir enam bulan menjalinkan hubungan cinta.
sumber: ohbulan via mstar
Leave a Reply