BALU Allahy4rham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali memohon doa daripada orang ramai buat diri dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Nurhidayah berkata, dia juga mohon diberi ruang memandangkan masih dalam tempoh edah selepas kem4t1an suami tercinta pada 10 Februari lalu.

Perkara itu disampaikan wakil Nurhidayah menerusi kiriman WhatsApp kepada Harian Metro.
“Assalamualaikum, saya mewakili balu arwah memohon ampun dan maaf buat masa sekarang dia tidak memegang telefon dan sedang menjalani tempoh edah.
“Sama-sama doakan yang terbaik buat dia dan anaknya, Hamzah. Maaf sekali lagi daripada kami,” katanya ringkas.

Terdahulu, masyarakat dikejutkan dengan pendedahan Nurhidayah yang mendakwa mendapat kekangan daripada pihak keluarga arwh suaminya membabitkan harta ditinggalkan.
Perkongsian Nurhidayah menerusi video siaran langsung di Facebook dan Instagran usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, kelmarin, itu mengguris hati adik iparnya yang juga pelawak, Ali Puteh.

Rentetan itu, Ali memuat naik status di Instagran menggambarkan rasa kesal terhadap Nurhidayah dan Aliff.
Petang tadi, Ali tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Nurhidayah atas keterlanjuran status itu.
“Saya memohon maaf kepada kakak ipar saya kerana terlalu mengikut rasa amarah ketika menulis status tersebut di Instagram (IG) saya sebelum ini.
“Saya tidak malu mengaku bersalah kerana, ya memang saya yang tulis buka orang hacked IG saya. Saya memadam posting tersebut selepas ramai yang menelefon dan menasihati saya supaya tidak bertindak melulu.
“Saya terima kesan akibat perbuatan saya itu dengan pelbagai t0hmahan dilemparkan termasuk fitn4h. Namun saya tidak simpan di dalam hati dan memaafkan mereka,” katanya kepada Astro Gempak.
Ali memberitahu dia akan bertemu dengan kakak iparnya dalam masa terdekat dan menyelesaikan semua perkara sesama keluarga. Dalam pada itu, Ali berkata dia sedia berundur dari dunia seni seandainya rezekinya terhenti setakat ini disebabkan kontroversi tersebut.
Sumber: metro online
Leave a Reply