Tasha Shila Bertunang Esok? Wah Betul Ke Ni?

FEBRUARI 2020 sepertinya menjadi bulan pilihan ramai pasangan yang memilih untuk menoktahkan ikatan hubungan cinta mereka.

Antara yang memilih bulan ini untuk menamatkan zaman bujang mereka ialah pelakon wanita terkenal, 

Emma Maembong yang bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.

 

Aktor terkenal, Aiman Hakim Redza juga memilih tarikh yang sama dengan Emma iaitu pada 20 Februari lalu menikahi kekasihnya, Zahirah Macwilson.

Selain sudah tertulis jodoh mereka, barangkali, selebriti seperti Emma dan Aiman juga terpikat dengan tarikh berkenaan yang cukup unik dan mudah untuk diingati.

Pelakon cantik Tasha Shila dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan bersama lelaki pilihannya pada esok (23 Februari).

 


Menerusi laporan Astro Awani, majlis pertunangan Tasha itu berkemungkinan diadakan di Empire Damansara.

 

Walaubagaimanapun, majlis tersebut dikatakan berlangsung secara tertutup untuk keluarga dan rakan terdekat sahaja.

 

Menurut sumber lagi, Tasha Shila dan tunangnya itu akan melangsungkan pernikahan pada 28 Februari ini di Masjid Wilayah selain majlis resepsi di Zebra Square KL.

Apapun sekiranya berita ini benar, Gempak ingin mengucapkan tahniah kepada Tasha! Selamat bertunang!

 

Sumber: Astro Awani

Kredit: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*