Seorang ‘Family Man’, Abang Ipar Yuna & Raih Tempat Ketiga Hero Remaja 1997, Ini Trivia Ashraf Sinclair

Kehilangan sebutir permata yang menyinari industri hiburan tempatan dan Indonesia, Ashraf Sinclair cukup mengejutkan ramai.

Bintang berusia 40 tahun ini dilapor telah men1nggl dunia jam 4:51 pagi tadi di Hospital MMC, Jakarta, Indonesia.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat ser4ngan jantung.

Sebagai mengimbau kenangan dan memori Allahyarh4m dalam industri hiburan, MH kongsi trivia mengenai arwah.

1. Lahir Di London

 

Dilahirkan pada 18 Sepetember 1979 di London, United Kingdom, pemilik nama penuh Ashraf Daniel Mohammed Sinclair ini seorang yang pemurah dengan senyuman dan tidak kekok untuk bergambar bersama peminat.

2. Latar Keluarga

 

Bapanya, Mohammed Anthony John Sinclair berasal dari London, sementara ibunya, Khadijah Abdul Rahman berasal dari Malaysia.

Allahyarham mempunyai dua orang adik iaitu Aishah Sinclair dan Adam Sinclair.

Aishah turut terlibat dalam seni sementara adiknya pula selesa di belakang tabir.

 

3. Abang Ipar Yuna

Allahyarham merupakan abang ipar penyanyi, Yunalis Zarai.

Yuna berkahwin dengan adik Ashraf, iaitu Adam Sinclair pada Januari 2018.

 


4. Karier Sebagai Anak Seni

Namanya mula dikenali menerusi filem Gol & Gincu yang memegang watak sebagai Eddy.

Ashraf juga mula mengembangkan kariernya di Indonesia menerusi beberapa buah filem dan sinetron.

 


5. Tempat ketiga Hero Remaja 1997

Ashraf pernah menggondol tempat ketiga Hero Remaja 1997 di samping juaranya, Wan Shahlim dan naib juara Ash Yuslee.

 

6. Bapa kepada seorang anak

Ashraf berkahwin dengan penyanyi  Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Indonesia.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Sinclair yang kini berusia 10 tahun.

7. Seorang ‘Family Man’

 

Menerusi perwatakan Ahsraf, arwah difahamkan seorang suami dan bapa penyayang dan saling meluangkan masa bersama keluarga.

 

 

 

Foto/ Sumber : Instagram Ashraf Sinclair dan Google

Kredit: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*