Nor Hidayah did4kwa tegur ibu mentua jangan makan harta anak yatim – “Ayat itu g0res hati saya”

PELAWAK Ali Puteh berkata dia berkecil hati terhadap isteri Abam iaitu Nor Hidayah kerana mengeluarkan perkataan berbunyi ‘jangan makan harta anak yatim’ kepada ibunya, Sabariah Arshad, 63.

Ungkapan itu dikeluarkan ketika ada pihak datang ke rumah mereka untuk menuntut hutang Abam pada hari keempat kem4t1an arwh.

“Ada orang datang tuntut hutang, dia berkata kepada ibu ‘ini harta saya dan anak, sesiapa makan walaupun seringgit, kira makan duit anak yatim’.

 

Ali terkilan dengan kakak iparnya.

“Ayat yang dikeluarkan kepada ibu menyentuh hati saya. Balik rumah, saya bertanya kepada dia kenapa cakap begitu kepada mak.

“Kita orang Islam, tahu mana halal dan haram. Kenapa kau kata makan harta anak yatim,” kata Ali ketika di sidang media yang dibuat pada Jumaat.

Allahy4rham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, men1nggl dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami demam.

Anggota kumpulan Bocey itu meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah, 28, dan anak lelaki  bernama Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.

Saya mengakui saya sendiri yang muat naik status ‘bin4tang’ itu sebab tidak dapat menahan kemarahan.

ALI PUTEH

PELAWAK

Sebelum ini, video Nor Hidayah mendedahkan kereta milik arwh suaminya diambil keluarga mentua dan dia tidak dapat harta peninggalan ketika ditemu bual usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengundang kem4rahan Ali.

Ali tidak dapat menahan kem4rahan memuat naik status berbaur h1naan terhadap Nor Hidayah namun telah memadamnya sebaik sahaja menerima pelbagai kec4man.

Dalam pada itu, Ali memohon maaf secara terbuka kepada kakak iparnya atas kesilapannya memuat naik status kasar itu.

 

Foto kenangan arwh bersama ibu dan isteri.

“Saya mengakui saya sendiri yang muat naik status ‘binatang’ itu sebab tidak dapat menahan kemarahan.

“Pada mulanya, saya berasa pelik kerana telefon bimbit saya tidak berhenti berbunyi dan bila saya baca mesej yang diterima ramai kec4m saya dan keluarga.

“Saya tonton video itu berulang kali sebelum muat naik status itu. Dalam keadaan marah, terkeluarlah perkataan itu.

“Saya mohon maaf secara terbuka kepada kakak ipar saya dan seluruh rakyat Malaysia yang kec4m, saya maafkan anda semua,” ujarnya.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*