Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.
Gempak berkesempatan untuk bertemu dengan balu pelawak itu, Siti NurHidayah Mohd Ali, 28, bersama anak lelaki mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang kini berusia lima bulan di kediaman keluarganya.
Di sini, kami kongsikan tanda-tanda sebelum Abam men1nggl dunia yang disedari oleh Hidayah.
1. Sebulan sebelum arwah men1nggl, dia nak balik kampung (keluarga mertua) dulu untuk makan beramai-ramai.
Bila sampai masa untuk makan, selalunya arwh akan berada di meja makan. Tapi, masa tu arwh nak makan sekali bersama-sama ahli keluarga lain bersila di bawah. Lepastu dia makan juga pucuk ubi yang dimasak oleh Hidayah walaupun keras.
2. Dalam tempoh itu juga, setiap hari arwh suruh masak telur dengan sayur-sayuran.
Sampai ditegur isterinya tak jemu ke makan benda yang sama. Arwh cakap,”abang tak payah jemu dengan masakan sayang”.
3. Hidayah dan Hamzah akan ikut arwh pergi ke mana-mana. Mereka ke Johor dan masa ‘rehearsal’ Maharaja Lawak Mega (MLM) arwh bawa Hidayah dengan Hamzah sampai ke tengah malam.
Sebelum ni arwamb tak pernah bawa. Itu adalah kali pertama dan terakhir sepanjang perkahwinan mereka.
4. Arwh luahkan perasaan untuk makan asam pedas pada hari Rabu tapi kena ke Melaka.
Mereka gerak dari pagi ke sana lepas makan tengah hari arwb rasa tak puas sebab tak kena dengan citarasa.
Malam tu, ulang lagi sekali makan yang sama, baru lah kena dengan tekak arwh. Arwh juga nak makan cendol durian lalu terus dibelikan.
5. Hari Jumaat tu, sampai saja depan rumah arwh cakap dengan kawan-kawan dia,”kalau aku buat salah, aku minta maaf tau.”
6. Malam tu sebelum nak tidur, arwh peluk Hidayah dan Hamzah sambil saling memandang.
Arwh cakap, “sayang kalau abang takda, jaga diri, jaga anak tau sambil menangis. Hidayah terdiam tanpa berkata-kata.
7. Keesokkan harinya (Sabtu), arwh demam dan sakit kepala. Masa Hidayah masuk bilik, arwah pegang tangan sambil ulang cakap benda yang sama.
Banyak kali arwh ulang,”dengar ni abang pesan, kalau abang takda jaga diri dan anak.” Hidayah fikir arwh main-main ja.
8. Hari Ahad, arwh dah mula mengadu tak larat dan sakit kepala sangat. Hidayah suruh arwh mandi dulu sebelum jamah makanan.
Hidayah ikut arwh ke bilik air dan masa tu arwh minta dimandikan. Hidayah turutkan saja.
Lepastu, Hidayah ajak arwh makan tapi pada awalnya ditolak. Hidayah paksa juga arwh makan nasi dengan sup ayam bersama-sama.
9. Dalam pukul 2 pagi, arwh minta nak mandi sebab berasa panas. Lepas selesai tu, arwh duduk di kerusi sambil cakap dia dah tak larat.
Walaupun arwh tengah sakit, dia tetap ambik kisah pasal Hidayah. Sentiasa tanya sama ada okey ke tak.
10. Dalam pukul lima lebih arwh cakap nak rehat. Kebetulan masa tu Hamzah merengek nak susu. Arwh tidur di belakang Hidayah dan bila Hidayah bangun perasan hidung arwh berbuih.
Mula-mula Hidayah fikir arwh letak tuala yang diberi namun salah tanggapan tu. Memang buih dan apabila dikejut arwh sudah tidak memberi respon.
Al-fatihah (dibaca). Semoga arwah Abam ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
sumber: Gempak
Leave a Reply