“Hambekk.. mana makcik bawang…”- Cik B & DSV hiasi cover majalah jadi perhatian ramai

Siapa saja yang tidak mengenali dengan usahawan popular, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV. Namun begitu, bukan hanya DSV saja yang sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air tetapi anaknya, Cik B juga cukup popular.

Bahkan, Cik B atau nama lengkapnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin juga memiliki perniagaannya sendiri yang membuatkan ramai anak muda turut memujinya.

Namun begitu, terbaru satu keping foto menjadi perhatian ramai apabila ibu dan anak ini menjadi penghias majalah popular, Nona sehinggakan mendapat pelbagai reaksi ramai.

Menerusi Instagram Majalah Nona, foto berkenaan merupakan cover Majalah Nona bagi edisi Mac 2020 dengan penampilan khas CEO muda iaitu Cik B bersama ibunya, Datuk Seri Vida yang merupakan diantara usahawan kosmetik terkenal.

Foto Cik B & DSV itu juga dikongsikan DSV menerusi laman Instagram peribadinya dan ternyata foto itu meraih perhatian peminat dan pengikutnya.

 

Manakan tidak, dapat diperhatikan aura ibu dan anak ini sangat berbeza apatah lagi Cik B juga kelihatan berbeza daripada sebelum ini.

Cik B & DSV hiasi cover majalah

DSV menerusi Instagram juga memberitahu bahawa anaknya itu sudah banyak peningkatan.

“Hambekk mana Mak Cik Bawang… selalu dok kutuk Cik B. Sila hadam ye. Ko mampu?

“Cik B dah improve banyak. Berkat sokongan semua. Dari sangat pemalu… tak yakin diri…

“Tq Majalah Nona pilih Cik B dan saya jadi cover.”

 

Dalam pada itu, diruangan komen lantas peminat dan pengikut meninggalkan pelbagai maklum balas dengan memuji Cik B sehinggakan lebih seribu komen meskipun hanya sebentar tadi dikongsikan DSV.

“Cik B cantik dengan cara sendiri…”

 

“Cik B… CEO termuda”

 

“Dah besar Cik B semakin cantik”

 

Sumber: Majalah Nona, Datuk Seri Vida

kredit: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*