“Macam lawatan sekolah” – Ahli Parlimen BN & PAS Buat Kejvtan, Jumpa YDP Agong Naik Bas Dari PWTC

Seperti yang semua sedia maklum, YDP Agong telah memutuskan bahawa baginda akan melakukan personal interview dengan 222 orang Ahli Parlimen (MP) berkaitan isu pemilihan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Tak ada angin, tak ada ribut, beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PAS katanya telah membuat kejutan apabila mereka tiba dalam bas di Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

 

 

Najib dan Zahid naik bas daripada PWTC ke Istana Negara

Lebih mendapat perhatian, MP-MP ini dilihat telah menaiki bas yang disediakan dari Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk ke istana.

Turut kelihatan kelibat Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi bergambar berdua sambil melambai kepada penyokong sebelum menaiki bas tersebut. Fuh kemain! Macam nak pergi trip lawatan je.

 

#KUALALUMPUR 25 Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak bersama ahli parlimen BN…

Dikirim oleh Harian Metro pada Senin, 24 Februari 2020

Walau bagaimanapun, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan bersama mereka dan dipercayai telah menuju ke Istana Negara dengan menaiki kenderaan peribadi, menurut Sinar Harian.

Barisan ahli parlimen Pas bertolak ke Istana Negara pada jam 2.40 petang menaiki bas yang disediakan di Menara Dato' Onn…

Dikirim oleh Sinar Harian pada Senin, 24 Februari 2020

 

Barisan ahli parlimen Pas bertolak ke Istana Negara pada jam 2.40 petang menaiki bas yang disediakan di Menara Dato’ Onn…

“Fuh senang ni jimat kos sikit semua naik bas” 

Posting-posting viral ini telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji tindakan MP tersebut yang boleh mengelakkan kesesakan jalan raya. Dah macam rombongan sekolah dah kan ramai-ramai gini.

 

Waaa tiba-tiba min rasa rindu pulak dengan zaman sekolah naik bas ramai-ramai dengan kawan macam ni. 

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*