Menerusi rancangan Meletop, selain dapat melihat perkembangan terbaru daripada selebriti-selebriti terkenal tanah air yang diundang pada setiap Selasa, tentu saja yang paling dinanti-nantikan penonton juga adalah segmen parodi.
Parodi Jihan Muse dan Bell Ngasri sering mencuit hati ramai
Seperti biasa juga, kita dapat melihat gelagat lucu daripada selebriti yang melakukan parodi dan antara yang paling disukai adalah Jihan Muse dan Bell Ngasri.
Namun begitu, sebenarnya ramai lagi selebriti terkenal juga dijemput melakukan parodi bersama-sama mereka berdua dan turut mencuit hati ramai.

Shiha Zikir antara selebriti yang pernah melakukan parodi bersama Jihan Muse sehingga viral.
Walau bagaimanapun, terbaru pula penonton setia rancangan popular ini dapat menyaksikan parodi Anugerah Meletop Era dengan memperkenalkan beberapa figura bagi kategori Artis Viral Meletop.
Ternyata, 5 yang diperkenalkan itu mencuit hati ramai dimana antara yang tercalon adalah, Dialah Diva, Aku Merangkak Kau Yang Panas, Mak Azah Air Dicincang Takkan Putus, Pencetus Uuhuu dan Budak Monolog Tepi Jalan.
Parodi Meletop bikin netizen terhibur

5 percalonan itu juga dibintangi oleh Bell Ngasri yang turut membuatkan ramai terhibur dengan gelagatnya selain babak lakonan daripada Raja Azura bersama Uyaina Arshad juga ada dalam kategori itu yang mana Jihan Muse telah parodikan babak dalam drama, Jujurlah Nikahi Aku.
Reaksi netizen
Sumber:HCL
Leave a Reply