Netizen speku isteri terlibat k3s t1pu, tetapi ini tindakan Da’i Farhan bila dihubungi pihak media.

Kami fikir kisah viral melibatkan peserta program realiti pendakwah bebas sudah berakhir, tetapi semalam timbul pula kontr0versi seorang wanita berusia 40 tahun yang juga merupakan isteri kepada juara program Da’i ditahan polis, selepas dipercayai menipu seorang pelanggan sehingga RM11,000 berkaitan urusan untuk mendapatkan sijil Halal dan juga sijil KKM bagi produk jamu.

 

Sumber berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditahan berikutan laporan p0lis dibuat m4ngsa Oktober tahun lalu.

“M4ngsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan pada tahun 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

“M4ngsa sudah membayar kira-kira RM11,000 kepada wanita terbabit namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa merasa tertipu,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.

 

Biarpun laporan akhbar tidak menyebut sebarang nama, rata-rata netizen cuba mengaitkan kes berkenaan dengan isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40 atau lebih dikenali sebagai Erin.

Tidak mahu sebarang spekulasi liar terus timbul, portal mStar difahamkan telah cuba menghubungi Da’i Farhan bagi mendapatkan penjelasan berkaitan perkara tersebut.

 

Namun, panggilan telefon dimatikan sebaik sahaja soalan mengenai penahanan itu diajukan kepadanya.

Kita tidak boleh menvduh orang tanpa sebarang bukti kukuh. Buat masa ini, kita tunggu sahaja perkembangan lanjut mengenai kes tersebut. Harapnya Da’i yang terlibat itu tabah menghadapi dugaan yang menimpa.

Sumber Berita : mStar Online

Kredit: Beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*