Betul kata orang, sukan adalah medium penyatuan, sukan juga adalah punca kepada perpecahan. Baru-baru ini, sebuah kelab penyokong Liverpool di Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak produksi drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku kerana menyentuh sensitiviti mereka sebagai penyokong tegar kelab Liverpool.

Dalam adegan Jujurlah Nikahi Aku, ada sebuah babak yang melihatkan Uyaina Arshad perlu mengelap air kencing di lantai. Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah apabila Uyaina menggunakan jersi Liverpool untuk mengel4o air k3nc1ng tersebut, dianggap seolah-olah telah mengh1n4 kelab tersohor di Liga Perdana Inggeris itu.
Dia kencing merata. Kita yang kena lap air kencing dia, lepas tu dia tonyoh kat muka kita?
Saksikan kegilaan Zanif.#jujurlahnikahiaku 7 malam ini 🔥
Minggu akhir dah guys! ♥️
Kalau tengok jangan lupa tweet & tag k! ✨ pic.twitter.com/lUxEemTiya— UYAINA (@UyainaArshad) March 3, 2020
Terkesan dengan apa yang terjadi, Niezam True Kopites mewakili kelab penyokong Liverpool melaporkan hal ini kepada laman web rasmi Liverpool. Sampai macam tu sekali ye!
#LFC OK setel .. dah kena report .. kita tunggu nanti mcm mana … buat drama dh lah bangang ..
Dikirim oleh Niezam True Kopites pada Rabu, 04 Maret 2020
Rentetan daripada isu ini, Arie Zahari mewakili pihak produksi dan pihak ASTRO memuat naik kenyataan maaf secara terbuka kepada penyokong Liverpool yang terguris dengan drama mereka.
“Saya dengan rasa terkilan atas kesilapan dalam babak tersebut, sesungguhnya saya TIADA NIAT untuk memburukkan nama baik Liverpool. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua peminat-peminat Liverpool di seluruh Malaysia dan berharap agar peminat-peminat Liverpool berlapang dada untuk memaafkan kesalahan saya”
#Liverpool #LiveRescue #liverpoolfc #liverpoolmalaysia #clubliverpoolmalaysia pic.twitter.com/yObhz3L5vO
— Arie Zaharie (@ariezaharie7) March 6, 2020
Isu ini mendapat perhatian warganet yang beranggapan sesetengah daripada penyokong fan4tik Liverpool berperangai terlalu kebudak-budakan dan hati tisu. Patut ambil contoh seperti penyokong Manchester United, tenang dan kacak!
Disclaimer: Admin bukan penyokong tegar Manchester United ye.
Leave a Reply