Siapa saja yang tidak kenal dengan pelakon, pengacara dan penyampai radio serba boleh ini, bahkan nama Zulin Aziz bukanlah selebriti yang asing lagi dalam dunia hiburan tanah air.
Selain video dihasilkan oleh Aeril Zafrel, video daripada Zulin Aziz kini sememangnya juga menjadi pilihan netizen untuk ditonton agar tidak bosan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini dimana dia menghasilkan video yang agak berbeza.
Pelakon ini menggunakan bakatnya dengan berlakon membawa watak yang pelbagai dan video dihasilkannya itu kini sangat popular di media sosial selain mencuit hati ramai apabila dia merakam video dengan bintang handalan Bollywood, Shah Rukh Khan.
Aktor Bollywood terkenal, Arjun Rampal meminta warganet menterjemahkan dialog yang dituturkan pengacara Zulin Aziz menerusi sebuah video yang disunting bersamanya.
Biarpun tidak memahami isi kandungannya, kata Arjun, video tersebut kelihatan seperti sebuah video yang mencuit hati.
“Can you translate. It seems funny, lol stay safe (Boleh ke awak terjemahkannya, ia kelihatan lucu),” tulis Arjun menerusi satu entri di akaun Twitternya yang mempunyai lebih 4.4 juta pengikut itu.
Can you please translate. It seems funny 😁 lol stay safe https://t.co/T9hewGJs9z
— arjun rampal (@rampalarjun) April 2, 2020
Terdahulu, Zulin menyunting sedutan video daripada salah satu karya lakonan Arjun sebelum berkongsinya di Twitter.
Dalam video yang menggunakan percakapan dalam bahasa Melayu itu, Zulin menyifatkan Arjun sebagai suaminya.
“Perkenalkan.. inilah suami saya. Dia seorang polis yang berjuang untuk negara sewaktu Covid-19 ni. Jangan sampai suami saya tangkap kamu orang! #stayathome,” katanya.
Perkenalkan.. inilah suami saya.
Dia seorang polis yg berjuang utk negara time covid ni. Jangan sampai suami saya tangkap kamu org! #stayathome pic.twitter.com/RHUoelilv1— زولين عزيز (@iamzulinaziz) April 1, 2020
Video yang diretweet lebih 3,000 kali oleh warganet itu kemudian mendapat respons Arjun.
Sementara itu, Zulin menerusi satu entri terbarunya di Instagram meluahkan rasa teruja selepas video tersebut mendapat perhatian aktor pujaannya.

“Kan dah beritahu… suami saya tak paham sangat Melayu..Awwww dia suruh translate guys.
“Aku boleh tidur senyum macam ni @rampal72,” tulisnya diruangan kapsyen.
Leave a Reply