Bergelar anak seni bukannya suatu yang indah sepanjang hidup. Ada juga turun naiknya dan bermusim peluang kerjanya.
Begitulah yang berlaku kepada salah seorang insan seni veteran tanah air; Ali Ringgo.
Kisah hidup pernah tular 2017
Berdasarkan semakan, rupanya kisah Ali Ringgo pernah mendapat liputan akhbar terkenal pada September 2017.
Sedih, sayu dan seakan tidak percaya selepas mengunjungi pondok buruk dikelilingi semak samun, sampah serta barangan kitar semula yang didiami bekas pelakon era 1980-an di Kampung Sungai Pinang.
Ali Ringgo atau nama sebenarnya Mohamed Ali Matab Din, 65, kini hidup sebatang kara dan hanya mencari rezeki mencari barangan lusuh serta bermain muzik di Pasar Besar Meru, Klang jika keadaan fizikalnya mengizinkan.
Kemelaratan hidup Pak Ali semakin bertambah selepas dia terbabit kmIangan jalan raya pada 2014 dan kini dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) kategori masalah pendengaran.
Difahamkan, Pak Ali juga dikategorikan sebagai asnaf fakir yang menerima bantuan tetap zakat RM150 setiap bulan.
Ketika ditemui di pondok buruknya, Pak Ali mengakui, pernah membintangi beberapa filem termasuklah Jauh Di Sudut Hati, Minah Manja, Bas Konduktor, Pendekar Mata Satu, Azura, Gila-Gila Remaja dan Panglima Badul bersama ramai pelakon popular ketika era 1980-an hingga 1990-an.
Antara pelakon yang sezaman dengannya seperti Datuk Yusof Haslam, Allahyarham M Rajoli, Dayangku Intan, AR Badul dan ramai lagi.
Mungkin nama beliau tidaklah sehebat rakan-rakannya yang lain, tapi beliau pernah menjadi salah seorang pelakon dalam filem popular Gila-Gila Remaja. Ikuti tweet oleh @AbdillahSupi kat bawah ni untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ali Ringgo.

Macam ni yang layak dapat bantuan
Allahu admin rasa sedih tengok keadaan orang susah macam ni tak kiralah pelakon ke orang biasa. Orang yang keadaan macam ni patut diberi bantuan oleh pihak berwajib dan persatuan pelakon. Bukan yang nama tengah top tu.

Betul, bagi satu rumah kecik pun takpe. Janji ada tempat berteduh bersih dan selesa. Harap-harap adalah yang murah hati dan sudi membantu.

Betul kata arw4h abam tu. Kita selagi mana termampu tu, kita hulurkan lah. Dapat ringankan beban sedikit pun jadi lah kan.

Betul, bantu lah atas nama persatuan. Baru orang respek. Takkan nak harap company besar buat CSR je kan. Sama-sama lah bantu.
Sumber: lobakmerah via lamanhiburan
Leave a Reply