Selepas PU Riz, pelakon Puteri Aishah menjadi artis kedua disahkan positif C0V1D-19.
Perkara tersebut disampaikan pengurus bintang berkenaan, Iman Tang menerusi satu kemas kini di Instagram, hari ini.
“Assalamualaikum Warahmathullahi Wabarakathuh. She just tested P0S1T1F for C0V1D an hour ago.
“Please pray for her, Please DOA kan dia supaya cepat sembuh,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Perkara sama turut dikongsikan Iman menerusi Insta Stories.
Difahamkan Puteri Aishah baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir dan Hasnul Rahmat.
Pelakon itu bersama beberapa kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu dan pulang ke tanah air minggu lepas.
Foto: Instagram Puteri Aishah, Iman Tang
Kredit: MH via Gempak
Leave a Reply