Kehilangan insan tersayang bukan satu perkara yang mudah dan itulah yang dilalui oleh penyanyi Bunga Citra Lestari yang kehilangan suami tercinta, Ashraf Sinclair.
Menerusi akaun Instagram, penyanyi ini ada meluahkan perasaan bersama peminatnya.
B4lu kepada arwah Ashraf ini memberi kata nasihat kepada peminatnya untuk menyayangi antara satu sama lain kerana setiap masa itu sangat berharga.
“Terlampau banyak Kehilangan.. 2020 memang berbeza.. Lets take care of each other.. Lets love each other.
“Nikmati moment yang dipunya. Mencintai. Memberikan kasih dengan orang yg dicinta. Karena kita tahu, waktu sangatlah berharga. Love, BCL,” tulisnya.

Menerusi Instastory, Bunga mengucapkan selamat jalan kepada penyanyi berkenaan.
“Selamat jalan Glenn Fredly. Terima kasih untuk segala karya dan kebaikanmu. Kekal kenanganmu. Rest in love,” tulisnya.
Glenn Fredly men1nggl dunia pada petang Rabu selepas mengalami penyakit meningitis atau radang otak.
Postingan yang sebak itu mengundang netizen untuk turut meluahkan perasaan mereka di ruangan komen.
Dalam pada itu, rata-rata memberi kata-kata semangat kepada Bunga untuk terus cekal dan tabah.

Terdahulu, Ashraf yang sinonim menerusi aksinya dalam filem Bintang filem Gol & Gincu di negara ini meninggal dunia pada 4.51 pagi, 18 Februari lalu akibat serangan jantung.
Allahy4rham Ashraf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat.
Ashraf meninggalkan seorang b4lu dan seorang anak lelaki, Noah Aiden Sinclair yang kini berusia 10 tahun.
Foto: Instagram Bunga Citra Lestari
Kredit: MH via Mstar
Leave a Reply