8 Perkara Korang PERLU TAHU Tentang PKP Fasa Ke-3 Setakat Ini

Tan Sri Muhyiddin Yassin baru mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Meskipun perkara yang dinanti-dinantikan ramai telah diumumkan, jangan lupa juga tentang beberapa perkara lain yang turut dibacakan Perdana Menteri kita dalam perutusan khas sebentar tadi.

 

Kalau anda tidak fokus dengan ucapan tadi, ini admin senaraikan beberapa perkara yang diumumkan PM kita tentang PKP fasa ke-3:

  1. Tempoh PKP dilanjutkan untuk beri ruang kepada petugas-petugas kesihatan perangi penularan COVID-19 dan untuk elak penularan semula wabak dalam masyarakat.
  2. Beberapa sektor ekonomi terpilih akan dibuka secara berperingkat.
  3. Rakyat perlu bersedia untuk tempoh PKP yang lebih lama, mungkin beberapa bulan sebelum pihak berkuasa dapat betul-betul pastikan penularan Covid-19 ini dapat diatasi 100%.
  4. Sesi persekolahan mungkin ditangguhkan sehingga keadaan kembali pulih, Kementerian Pendidikan akan laksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah.
  5. Kerajaan arahkan Ketua Polis Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Imigresen, RELA dan lain-lain agensi berkaitan untuk mengukuhkan lagi penguatkuasaan terhadap kawalan sempadan negara.
  6. Agensi penguatkuasaan diarahkan untuk mengetatkan kawalan di pintu masuk negara agar dapat mencegah daripada berlakunya penyeludupan warga asing.
  7. Tidak boleh ke bazar Ramadan, tidak boleh ke masjid berterawih.
  8. Rakyat mungkin tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung di Hari Raya.

 

Segala aktiviti untuk laksanakan ibadah terawih juga terkesan akibat penularan wabak ini. Jadi, tiada sebarang aktiviti untuk melakukan terawih atau mengunjungi bazar ramadan. 

Walaupun sukar untuk kita hadapi semua ini tetapi inilah kenyataannya…

Bulan Ramadan yang menjelang tidak lama lagi, kita tidak boleh ke bazar ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa seperti sedia kala. Kita tidak boleh ke masjid untuk terawih. Jadi, kita berterawihlah di rumah bersama keluarga sahaja.

 


”Kita tidak boleh ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa seperti sediakala, kita tidak boleh ke masjid untuk berterawih, jadi kita berterawih di rumah bersama keluarga sahaja.

 

”Mungkin juga kita tidak boleh balik ke kampung seperti biasa,” kata Muhyiddin.


Jelas beliau, walaupun perkara ini merupakan sesuatu yang sukar untuk diterima oleh semua rakyat, namun ianya tetap perlu dihadapi demi mengawal penularan wabak C0v1d-19 di negara ini.

 

”Walaupun sukar untuk kita bayangkan perkara ini, tetapi inilah kenyataan yang akan kita hadapi,” tambah Muhyiddin.

 

Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi perintah PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu menangani penularan pandemik Covid-19 di Malaysia. Jangan sesuka hati keluar merayau atau melepak. #StayAtHome

Sumber: lobakmerah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*