Semalam dalam sidang media harian perkembangan terkini C0v1d-19, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Noor Hisham ada memaklumkan Pakaian Perlindungan Diri (PPE) hanya boleh bertahan kira-kira sebulan lagi.
Tekad membantu petugas barisan hadapan, wanita Orang Kelainan Upaya (OKU), Norfarrah Syahirah Shaari turut serta menyediakan PPE bagi frontliners negara.
Farrah,32 tahun yang juga kakitangan Kolej Komuniti Teluk Intan menjadi perhatian selepas netizen terharu dengan usaha wanita itu menjahit PPE bukan dengan tangan sebaliknya menggunakan kakinya.
“Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki.. Ok saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri..”
Ramai yang nak tengokkan macam mana saya menjahit guna kaki.. Ok saya tunjuk skill saya menjahit guna kaki je dengan cara saya sendiri.. Semangat nak menjahit baju PPE Frontliner nie.. Nie je yang mampu saya dan team staf kolej komuniti Teluk Intan serta beberapa sukarelawan tukang jahit sekitar Teluk intan yg semangat nak membantu.. Semoga urusan kami dipermudahkan.. Amin#Darikomunitiuntukkomuniti#covid19#stayathome
Dikirim oleh Norfarrah Syahirah Shaari pada Sabtu, 11 April 2020
Difahamkan PPE tersebut adalah bagi petugas barisan hadapan Hospital Teluk Intan dan Klinik Kesihatan Teluk Intan dan ia merupakan projek CSR yang dilakukan bersama beberapa lagi tukang jahit kolej komuniti yang tinggal di sekitar kolej tersebut.
Respectlah!
Alhamdulillah syukur rasanya dapat mengikuti projek bersama beberapa rakan staf Kolej Komuniti Teluk Intan untuk…
Dikirim oleh Norfarrah Syahirah Shaari pada Kamis, 09 April 2020
Terima kasih Farrah dan kawan-kawan!
Sumber: Lobakmerah
Leave a Reply