Pelakon, Ashraf Muslim, mengesahkan bahawa dia dijangkiti w4bak C0v1d-19 berdasarkan keputusan yang dikeluarkan Ahad lalu.
Menerusi Instagram, beliau meluahkan rasa sedih apabila disahkan positif dan meminta untuk semua mendoakan yang terbaik untuk beliau.

Ashraf memohon maaf kepada semua pihak termasuk rakan media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan.
“Tanggal 12 April lalu menjadi jawapan bagi saya mengenai keputusan ujian C0V1D-19.
“Ya, saya dijangkiti virus C0V1D-19. Sewaktu itu walaupun sebak mendapat tahu jawapannya, tetapi saya reda dengan pilihan Allah.
“Ada hikmah di sebaliknya. Datang ‘nervous’ dan macam-macam perasaan apabila masuk ambulans.
“Maafkan saya ahli keluarga, sahabat dan rakan,” kongsinya.
Dalam entri itu, Ashraf turut memohon doa orang ramai untuknya dan mereka yang disahkan positif C0V1D-19.
Bagaimanapun, Ashraf tidak mendedahkan secara terperinci lokasi hospital menjalani rawatan dan kuarantin.
“Tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit C0V1D-19. Semoga Allah jauhkan wabak ini, tidak berterusan dan menyihatkan semua.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan wartawan yang menghubungi saya. Harap faham dengan situasi saya sekarang.
“Tak lupa kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat dan mereka yang terbabit. Terima kasih, kalian adalah hero kami,” tulisnya.
Pelakon filem Aku Masih Dara dan Bukan Cinta Malaikat itu berkata, dia berharap keluarganya mendoakannya dijauhi segala kesulitan.
“Kepada Mama, Ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah, doakan ayah supaya pulih daripada virus ini dengan cepat. Supaya kita dapat berjumpa beramai-ramai.
“Ayah rindu sangat, tetapi jangan risau ayah okay, sihat, boleh solat dan baca al-Quran seperti biasa.
“Berprasangka baik pada Allah. Hanya Allah memberikan penyakit dan memberikan kesembuhan,” tulisnya.
Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan C0V1D-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.
Difahamkan, Ashraf Muslim bersama beberapa pelakon lain berserta kru telah berangkat ke Scotland bagi menjalani penggambaran drama pada 15 Mac lalu.
Selain Ashraf Muslim, antara yang telah dijangkiti sebelum ini adalah PU Riz dan Puteri Aishah.
Sumbet: Siakapkeli
Leave a Reply