(Video) Jemaah Tabligh Tunjuk Akhlak Terpuji, Staf Hospital Thailand Berbaris Beri Pengh0rmatan Ketika Disc4j

Penularan wabak C0v1d-19 berlaku dalam tempoh yang singkat di mana boleh menyebabkan ramai dijangkiti hingga membawa kepada banyak kem4t1an dalam satu masa.

Di Malaysia, salah satu kluster w4bak ini adalah daripada jemaah tabligh yang menyertai perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Selangor. Perhimpunan yang diadakan setiap tahun ini dihadiri ribuan jemaah dari rakyat tempatan mahupun dari negara luar.

Menerusi perhimpunan ini, ramai jemaah dari dalam dan luar negara telah disahkan p01tif C0v1d-19 dan menerima rawatan di hospital.

Sepanjang dirawat, akhlak dan teladan yang ditunjukkan oleh mereka meniti di bibir doktor mahupun jururawat di negara ini.

Jemaah bukan sahaja dikatakan sangat baik dan mengikut arahan, namun wad ku4rantin turut ‘dihiasi’ dengan solat jemaah dan alunan al-Quran.

Seperti yang berlaku di negara jiran Thailand, jemaah tabligh yang selesai menjalani kuarantin diberikan penghormatan oleh kakitangan di Hospital Samutprakarn.

 

 

Berbaris dan menepuk tangan

Menerusi sebuah video yang tular, barisan petugas seperti doktor dan jururawat dilihat berbaris dan menepuk tangan apbila jemaah tabligh beransur keluar daripada wad.

 


Iring jemaah keluar hospital

Malah, apa yang lebih menyentuh hati, petugas turut mengiringi para jemaah keluar daripada hopsital dengan membantu membawa barangan mereka pulang menaiki bas yang telah disediakan.

Dengan senyuman, petugas memberikan lambaian terakhir kepada semua jemaah sekaligus memberi bukti bahawa keperibadian jemaah ketika dirawat sangat disenangi ramai.


Tonton video di bawah:

 

Jemaah Tabliq Thailand di hormati Pertugas2 Hospital Thailand setelah mereka selesai menjalani Kuaratin 14 hari di Hospital #covid19 #niatdakwah

Dikirim oleh Ayob Abd Majid pada Rabu, 15 April 2020

Sumber: Facebook Ayob Abd Majid

Kredit: siakapkeli

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*