Setengah jam tak balas mesej, Isa Khan tak tentu arah ris4ukan Risteena – “Tunang saya fikir saya kena cul1k!”

TIDAK dapat dihubungi kira-kira setengah jam membuatkan tunang pelakon Risteena Munim iaitu Isa Khan bimbang dan pan1k.

Risteena, 27, berkata, tunangnya menyangka dia d1culik atau diragut apabila tidak menjawab panggilan dan membalas mesej di aplikasi WhatsApp.

“Semalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut atau ada perkara burvk terjadi.

“Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap di telefon sampai dah sampai rumah.

Risteena berkongsi kerisauan tunangnya, Isa, menerusi laman Instagram.

“Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak dan tak sempat nak ambil telefon dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu,” tulisnya.

Tambah Risteena, kerisauan itu membuatkan Isa segera datang ke rumahnya bagi melihat keadaan pelakon itu.

Kakak kepada pelakon Ruhainies itu berkata, dia tersentuh hati dengan cara tunangnya mengambil berat dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

“Sampai saja di rumah, baru tengok telefon. Panggilan tak dijawab tak payah cakap la berapa banyak.

“Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah bawah rumah, macam tak percaya langsung sebab baru sangat masuk rumah. 10 minit saja datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan adiknya and Qirin. Kesian mereka!

“Memang kena marah terus la lepas tu, apa lagi. Tak apa, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awak akan cari saya. My hero!,” katanya.

Pelakon itu sempat memberi amaran kepada sesiapa yang cuba untuk berniat jahat terhadapnya perlu berhadapan dengan lelaki itu.

“Jadi, kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan pada saya, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni.

“Kepada tunang saya, saya rasa selamat sejak awak jaga. Tak boleh bayangkan kalau awak tak ada. Ibu bapa saya dah boleh harapkan awak.

I love you, sayang. Cinta hati saya,” ujar Risteena.

Sumber:Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*