JEMPOL: Polis Jempol sudah melakukan pemeriksaan ke atas 45 buah rumah sekitar daerah ini menjelang tengah malam tadi, bagi memastikan tiada individu merentas negeri tanpa kebenaran pada malam pertama Aidilfitri.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata pemeriksaan itu membabitkan rumah di sekitar tanah rancangan FELDA, taman perumahan dan kampung.
Katanya, polis komited melakukan pemeriksaan ke atas rumah yang berpotensi diziarah ahli keluarga yang pulang menyambut raya terutama di rumah ibu bapa.
“Ada yang tidak sangka apabila kami datang memberi salam pada jam 11.30 malam tadi malah ada yang terkejut kerana tidak menyangka polis akan bertugas hingga lewat malam.
“Kita akan terus membuat pemeriksaan biar pun terpaksa memberi salam dan mengetuk pintu rumah pada jam 3 pagi,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol ini.
BH turut diberi peluang mengikut pemeriksaan ke rumah sehingga jam 12 tengah malam tadi.
Mohd Hafiz berkata setakat ini, individu yang pulang beraya serta melakukan rentas negeri memberi alasan serta surat kebenaran daripada pihak polis.

Katanya polis akan meneruskan pemeriksaan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) pada hari raya pertama dipatuhi.
“Ini termasuk bermalam di rumah yang dikunjungi pada hari pertama Aidilfitri yang jelas mel4nggar SOP yang sudah ditetapkan,” katanya.
Antara Komen Netizen Yang Menarik Perhatian


Sumber: BeritaHarian | HarianMetro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Sumber: koleksiviral
Leave a Reply