Dah dua tahun Nazim Othman menduda sejak bercer4i dengan Bella Dally pada 2018.
Sekarang, baru aktor ini terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga lagi.
Katanya, usianya sekarang dah 36 tahun, jadi inilah masanya untuk menamatkan zaman duda.
“Di usia gangsa ni, tidak ada yang lebih baik yang dapat saya minta selain zaujah saya untuk didekatkan dengan saya. Selepas dua tahun, saya akhirnya membuka hati saya untuk berkahwin.
“Beberapa perkara dalam hidup dipelajari dengan cara yang paling sukar dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan masa lalu saya dan menerima kebijaksanaan yang saya peroleh daripadanya.
“Saya tidak lagi muda, masa berjimba sudah berakhir. Saya berumur 36 tahun dan masa saya hampir habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya,” tulisnya melalui Instagram.

Foto: IG
Dalam masa sama, Nazim memohon maaf sekiranya dia ada melakukan kesilapan secara sengaja ataupun tidak.
“Dah dua tahun single. Sampai kadang-kadang tertanya kat Allah, sangat besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain mintak ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia,” tambahnya.
Siapa agaknya yang bertuah dapat memiliki hati Nazim itu, ya?
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral
Sumber:cari
Leave a Reply