PKP Kawalan Secara Pntadbiran Di Jalan Pudu Tamat Malam Ini – Polis

KUALA LUMPUR, 29 Mei  — Arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kawalan secara pentadbiran di sekitar Jalan Pudu, di sini, akan berakhir malam ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya akan membuka semula tempat itu dengan membuka dan mengalihkan kawat berdvri yang berada di sekitar jalan itu pada malam nanti.

“Ya, PKP kawalan secara pentadbiran akan berakhir malam ini dan mesyuarat Pusat Pengurusan Krisis Kuala Lumpur telah bersetuju untuk menamatkan PKP secara pentadbiran di Jalan Pudu pada hari ini atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada Bernama hari ini.

Mazlan berkata meskipun kawalan secara pentadbiran itu ditamatkan pihaknya akan sentiasa memantau kawasan berkenaan.

“Kami akan membuat pemantauan bersama pihak KKM di kawasan ini selanjutnya,” katanya ringkas.

Sementara itu, tinj4uan Bernama sejak tengah hari tadi mendapati keadaan sekitar Jalan Pudu tenang dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Malah, rata-rata penduduk di situ sudah boleh menjangkakan bahawa kawasan tersebut akan ditamatkan kawalan secara pentadbiran.

Ini berikutan terdapat khemah-khemah milik pihak berkuasa telah dibuka dan dialihkan justeru menimbulkan pelbagai re4ksi dalam kalangan penduduk termasuk pengamal media di sana.

Dalam pada itu, pemerhatian Bernama mendapati penduduk di kawasan terbabit patuh dengan arahan pihak berkuasa selain mengenakan pelitup separuh muka serta menjaga penjarakan sosial.

Rata-rata mereka tenang dan akur akan perintah yang dikuatkuasakan terhadap kawasan mereka demi memutuskan rantaian COVID-19.

Pada 15 Mei lepas, Bernama melaporkan pagar k4wat dvri dipasang dari D’Majestic Place hingga ke persimpangan Jalan Pasar/Jalan Pudu dan Jalan Landak oleh Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha mengawal penularan w4bak COVID-19 selain penduduk di situ diminta menjalani saringan untuk vi1rus itu.

Sumber: BERNAMA via siakapkeli

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatViral

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*